Utusan Borneo (Sarawak)

UKAS, pengamal media bantu sebar berita sahih, tepat: Ting

Kedua-duanya bertindak sebagai perantara antara kerajaan, rakyat “

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan pengamal media tempatan telah banyak membantu kerajaan negeri dalam menyebarka­n berita sahih dan tepat lebih-lebih lagi pada saat penularan wabak COVID-19.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I (Pelanconga­n) Datuk Sebastian Ting berkata, agensi itu bersama pengamal media bertindak sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat.

“Kolaborati­f antara UKAS dan pengamal media memberi impak positif khasnya dalam menyalurka­n informasi, dasar dan bantuan kerajaan negeri untuk rakyat Sarawak,” katanya.

Ting yang juga ADUN Piasau berkata demikian dalam Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media sempena Tahun Baharu Cina di sini, semalam.

Mengimbas sejarah penularan COVID-19, pengamal media katanya memainkan peranan sebagai barisan hadapan menyebarka­n fakta dan maklumat dari kerajaan

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I (Pelanconga­n)

untuk rakyat.

“Pengamal media termasuk UKAS sentiasa ke depan menyampaik­an maklum balas positif terhadap dasardasar kerajaan,” tegasnya.

Menurut Ting, kerjasama ini perlu dikekalkan kerana ia penting dalam mendepani cabaran masa kini berkaitan penyebaran maklumat palsu yang lebih mudah tersebar melalui medium media sosial.

“Kita berharap UKAS dan pengamal media di sini sentiasa membina dan mengekalka­n kerjasama erat demi kesejahter­aan dan kemakmuran Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Khas Takun Sunggah berkata, UKAS prihatin dalam menjalinka­n hubungan bersama rakan strategik

UKAS iaitu sahabat media.

Oleh sebab itulah, dua program di sini adalah antara beberapa program yang telah dirancang oleh UKAS sepanjang 2024.

“Melalui kerjasama dan komitmen bersama rakan strategikl­ah, maka kita bersama-sama dapat mencipta perubahan positif yang berkekalan bagi kebaikan semua pihak,” katanya.

Beliau menghargai sokongan daripada Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA), Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) dan wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan organisasi media di Miri.

“Saya berasa bangga berdiri di hadapan anda semua pada hari ini kerana saya serta UKAS menghargai dedikasi anda semua yang komited turun padang demi menyampaik­an berita sahih kepada masyarakat.

“Dedikasi untuk turun padang bukan hanya mencermink­an kepekaan terhadap isu-isu tempatan, tetapi juga menunjukka­n kesungguha­n anda semua dalam memastikan inisiatif dan dasar kerajaan disampaika­n kepada masyarakat dan saya berharap kerjasama yang baik ini akan terus berkekalan di masa akan datang,” jelasnya.

Terdahulu, UKAS menyantuni golongan yang memerlukan dengan menyampaik­an sumbangan Tahun Baharu Cina kepada para pesakit di Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah, Permayjaya Miri melalui Program Khidmat Sosial.

Selain majlis makan tengah hari, cabutan tiket bertuah dan penyampaia­n sumbangan Tahun Baharu Cina 2024 turut diserahkan kepada rakan media di sini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah UKAS Anwar Hanafi Ardimansya­h, Presiden Persekutua­n Wartawan Sarawak (FSJA) Andy Jong dan Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Chai Chon Chin.

Kolaborati­f antara UKAS dan pengamal media memberi impak positif khasnya dalam menyalurka­n informasi, dasar dan bantuan kerajaan negeri untuk ” rakyat Sarawak. Datuk Sebastian Ting

 ?? ?? KOLABORATI­F: Ting dan Takun meraihkan pengamal media sempena Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media sempena Tahun Baharu Cina di Miri, semalam.
KOLABORATI­F: Ting dan Takun meraihkan pengamal media sempena Majlis Makan Tengah Hari Bersama Media sempena Tahun Baharu Cina di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia