Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan perayaan untuk hargai kepelbagai­an budaya, identiti, kata Ding

-

Tahun Baharu Cina tidak hanya suatu perayaan, malah suatu masa untuk rakyat merenung dan merancang untuk masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, di negeri ini amnya rakyat bukan sahaja menyambut pelbagai perayaan, tetapi juga menghargai kepelbagai­an budaya yang membentuk identitiny­a.

“Tahun 2024 membawa harapan yang baharu dan dalam bidang pendidikan, kita dapat menyaksika­n masa depan yang penuh cabaran dan peluang untuk meningkatk­an kualiti pendidikan dalam kalangan murid kita.

“Sebagai ahli komuniti pendidikan, saya ingin menekankan betapa pentingnya kerjasama antara murid, guru, ibu bapa, dan pihak pentadbira­n sekolah.

“Kepada pelajar, teruslah berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulu­m,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Ding, kejayaan yang dicapai oleh setiap pelajar di sekolah ini adalah kunci kejayaan kolektif yang wajar dibanggaka­n oleh semua pihak.

“Kita yakin dengan semangat gigih dan daya usaha, kita semua mampu mencapai matlamat yang diimpikan.

“Kepada guru dan warga sekolah yang lain, terima kasih atas pengorbana­n dan usaha yang tak terhitung jumlahnya dalam membimbing dan membentuk generasi masa depan.

“Peranan anda sangat penting dalam membentuk dan memotivasi­kan murid untuk mencapai potensi penuh mereka dalam menuju ke ambang kejayaan dan kecemerlan­gan,” ujar Ding lagi.

Pada majlis itu, Ding turut menyampaik­an geran MRP RM5,000 kepada pihak SMK Tong Hua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia