Utusan Borneo (Sarawak)

DBP Sarawak dicadang terbit cerita etnik dan sukuan dalam dwibahasa

-

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dicadang untuk menerbitka­n cerita-cerita rakyat melibatkan cerita etnik dan sukuan negeri ini dalam dwibahasa.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Malaysia Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata, ia antara usaha mengangkat kepentinga­n serta kedudukan bahasa etnik dan sukuan di Sarawak.

Menurutnya, sebelum ini DBP Cawangan Sarawak telah menerbitka­n beberapa kamus iaitu Melanau Mukah, Iban, Vaie dan Melayu Sarawak selain mengumpul daftar kata terhadap 11 bahasa etnik di negeri ini.

Katanya, daftar kata terbabit melibatkan etnik dan sukuan Selakau, Bisaya, Melayu Sarawak, Vaie, Kedayan, Melanau Dalat, Melanau Seduan, Tetaw, Kenyah Cebup, Bakong dan Narum.

“Bahasa-bahasa etnik dan sukuan ini berkemungk­inan akan lenyap dengan pantas sekiranya tidak dilakukan usaha pendokumen­tasian yang wajar.

“Saya juga mencadang untuk diterbitka­n juga

cerita-cerita rakyatnya dalam dwibahasa iaitu bahasa asalnya dan Bahasa Melayu.

“Dengan cara itu, kita akan mengetahui keragaman tema serta kekayaan naratif sukusuku kaum, selain ia dapat disebarkan kepada pembaca dengan lebih luas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Festival Bahasa Jiwa Bangsa di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah DBP Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai berkata, selari dengan hasrat Sarawak menjadi

negeri berpendapa­tan tinggi pada 2030, DBP turut memainkan peranan besar dalam merealisas­ikan impian berkenaan.

“DBP Sarawak menambah fungsi kerjanya dengan mewujudkan Unit Pelbagai Kaum yang memberi fokus kepada program melibatkan pelbagai kaum di Sarawak.

“Secara jujurnya, DBP berhasrat untuk memastikan bahasa sukuan yang ada di Malaysia khasnya di Sarawak dipulihara terutamany­a bahasa sukuan yang semakin terancam.

“Justeru,

pemulihara­an bahasa sukuan yang kian terancam ini perlu digerakkan dengan segera dengan peratuan etnik di Sarawak,” jelasnya.

Katanya,DBPSarawak­telah merangka 284 program yang bersifat anjal agar keterlibat­an semua pihak sama ada rakan sinergi, penganjur bersama atau sokongan badan bukan kerajaan mampu memberi impak yang lebih baik.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah Pelancaran Rekayasa 2024 DBP Sarawak, pelancaran buku Melakar Naratif Jiwa Bangsa dan Sayembara 2024.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Anwar (tujuh kiri) dan Haliman (lima kanan) merakamkan kenangan bersama wakil agensi media yang menrrima penghargaa­n Sahabat Bahasa DBP 2023 pada majlis tersebut.
TERIMA KASIH: Anwar (tujuh kiri) dan Haliman (lima kanan) merakamkan kenangan bersama wakil agensi media yang menrrima penghargaa­n Sahabat Bahasa DBP 2023 pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia