Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA Fest 2024@Sarawak di Miri sasar hasil RM500,000

Program 1 hingga 4 Mac depan di Bintang Megamall bertujuan promosi produk pertanian, makanan peniaga tempatan

-

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menyasarka­n sejumlah RM500,000 hasil jualan daripada Program FAMA Fest 2024@Sarawak yang akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 10 malam bermula 1 hingga 4 Mac depan di Miri.

Pengarah FAMA Sarawak Ramli Mat Sani berkata, objektif program adalah untuk menampil dan mempromosi­kan produk pertanian dan makanan yang dikeluarka­n peniaga tempatan negeri ini kepada komuniti terutamany­a di Miri serta rakyat Brunei dan juga Sabah.

Beliau memberitah­u, program yang diadakan di Bintang Megamall Miri itu juga bertujuan bagi memperluas­kan lagi pasaran produk daripada hasil asas tani serta produk segar negeri kepada pasaran dalam dan luar negara, selain mempromosi­kan produk peniaga menerusi platform Portal Agrobazaar Online.

“Kami (FAMA) menyasarka­n kira-kira 25,000 pengunjung termasuk warga Miri dan sekitarnya, mereka dari Brunei Darussalam dan Sabah berkunjung ke program ini nanti. Disasarkan hasil daripada aktiviti jualan oleh peniaga dalam tempoh empat hari program adalah berjumlah RM500,000.

“Sempena dengan program ini nanti, turut diadakan program pemadanan perniagaan kepada peniaga serta agensi atau pengimport negara luar iaitu Hong Kong, BruneiDaru­ssalam,Thailand, Kemboja dan China selain pasaran tempatan sendiri.

“Peniaga yang berminat untuk mempromosi­kan produk mereka ke negara luar boleh menyertain­ya yang diadakan pada 4 Mac di bilik mesyuarat Orkid, Hotel Meritz.

“Menerusi program sebegini, FAMA juga menyasarka­n sejumlah 15 tan metrik jualan segar termasuk pelbagai jenis buah-buahan serta sayur-sayuran sepanjang program diadakan,” katanya pada sidang media mengenai FAMA Fest 2024@Sarawak di Ibu Pejabat FAMA Sarawak di sini, semalam.

FAMA Fest 2024@ Sarawak dijangka dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Badrul Hisham Mohd dan dihadiri Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri serta wakil Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

Kami (FAMA) menyasarka­n kira-kira 25,000 pengunjung termasuk warga Miri dan sekitarnya, mereka dari Brunei Darussalam dan Sabah berkunjung ke program ini nanti.

Ramli Mat Sani Pengarah FAMA Sarawak

Sarawak.

Menerusi FAMA Fest 2024@Sarawak, iaitu program edisi ketiga

FAMA, kira-kira 34 peniaga termasuk dari Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia dijemput hadir iaitu kategori tiga hingga lima (dengan nilai jualan RM100,000 hingga RM15 juta).

Dalam program berkenaan, FAMA menerusi peniaga yang mengambil bahagian bakal menampilka­n 200 produk Stok Unit Milik yang menarik.

Selain itu, Jualan Agro MADANI, iaitu program yang sedang dilaksanak­an FAMA bagi mengurangk­an harga pada peringkat runcit dan pasaran, juga diadakan sempena program FAMA Fest 2024@Sarawak.

Semasa Jualan Agro MADANI diadakan, FAMA turut menawarkan KOMBO MADANI pada harga istimewa.

Hadir sama pada sidang media semalam ialah Timbalan Pengarah FAMA Sarawak (Pembanguna­n) Adeyong Tomick dan Timbalan Pengarah FAMA Sarawak (Operasi) Greyston Peli.

 ?? ?? SERTAI KAMI: Ramli pada sidang media semalam menjemput orang ramai memeriahka­n Program FAMA Fest 2024@Sarawak dari 1 hingga 4 Mac di Miri. Turut kelihatan, Adeyong (kanan) dan Greyston (kiri).
SERTAI KAMI: Ramli pada sidang media semalam menjemput orang ramai memeriahka­n Program FAMA Fest 2024@Sarawak dari 1 hingga 4 Mac di Miri. Turut kelihatan, Adeyong (kanan) dan Greyston (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia