Utusan Borneo (Sarawak)

Benteng Medan Niaga Satok yang dinaik taraf mampu menjadi tarikan pelancong

-

Benteng Medan Niaga Satok yang dinaik taraf mampu menjadi tarikan pelancong ke tempat berkenaan, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Perrtanian Persekutua­n (FAMA) Sarawak Ramli Mat Sani.

Beliau berkata, kertas cadangan dan projek membina benteng itu dikendalik­an FAMA dan ia mengikut reka bentuk yang telah dipersetuj­ui Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau memaklumka­n proses tender telah dilakukan dan telah dianugerah­kan kepada kontraktor yang mendapat tender projek terbabit.

“Tender (projek membina benteng Medan Niaga Satok) yang dibuka telah ditutup dan tender telah diserahkan kepada kontraktor. Projek ini dijangka mengambil masa 72 minggu, iaitu dalam lingkungan setahun lebih.

“Sebenarnya dana untuk melaksanak­an projek ini adalah daripada kerajaan negeri, Premier Sarawak telah meluluskan kira-kira RM7 juta namun (dana) ini juga merangkumi pembinaan tempat letak kereta bertingkat di belakang pejabat (FAMA negeri), selain benteng.

“Kita berharap, penyiapan benteng ini nanti membantu menarik lebih ramai datang berkunjung terutama dari Kuching sendiri, tempat lain seluruh Sarawak serta dari negeri lain di Semenanjun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembang­an terbaharu projek menaik taraf benteng Medan Niaga Satok pada sidang media mengenai program FAMA Fest 2024@ Sarawak di Pejabat FAMA Negeri di sini, semalam.

Selain itu, mengenai Bazar Ramadan Medan Niaga Satok 2024 yang dikendalik­an FAMA, beliau berkata terdapat 72 lot disediakan kepada peniaga yang mahu berniaga sepanjang bulan Ramadan nanti.

“Bazar Ramadan FAMA istimewa dari yang lain, di mana kami menekankan keseragama­n seperti alas meja dan apron selain menjaga kebersihan.

“Bazar ini nantu turut menyediaka­n kaunter kesihatan bagi memastikan makanan dijual selamat dimakan dan baik untuk kesihatan,” katanya.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Pengarah FAMA Sarawak (Pembanguna­n) Adeyong Tomick dan Timbalan Pengarah FAMA Sarawak (Operasi) Greyston Peli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia