Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah jawatan meningkat 2.1 peratus pada suku tahun keempat 2023: DOSM

-

Jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada 8.94 juta pada suku tahun keempat 2023 daripada 8.76 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya, menurut Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, bilangan jawatan diisi juga meningkat 2.1 peratus kepada 8.74 juta jawatan berbanding 8.56 juta, manakala jumlah kekosongan jawatan menurun 1.1 peratus.

“Lebih daripada separuh kekosongan jawatan adalah dalam kategori separuh mahir yang merangkumi 55.5 peratus (105,600 jawatan) diikuti mahir (25.3 peratus, 48,100 jawatan) dan 19.2 peratus (36,500 jawatan) dalam kategori berkemahir­an rendah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Uzir berkata demikian berdasarka­n laporan Statistik Guna Tenaga, Suku Keempat 2023, terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata kadar jawatan diisi kekal tinggi pada 97.9 peratus manakala bagi pewujudan jawatan pada suku tahun ini, ia meningkat 0.6 peratus.

Menurut Mohd Uzir, melihat kepada senario jawatan diisi pada suku tahun keempat tahun lepas, sektor pertanian menjadi penyumbang utama dengan kadar pertumbuha­n tertinggi sebanyak 3.6 peratus, diikuti pembuatan (2.4 peratus) dan perkhidmat­an (2.2 peratus).

Mengenai pewujudan jawatan pada suku tahun keempat tahun lepas, Mohd Uzir berkata terdapat sejumlah 31,100 jawatan baharu diwujudkan bagi memenuhi permintaan domestik dan keperluan industri.

“Keseluruha­n permintaan buruh dalam sektor ekonomi pada suku tahun kedua 2023 terus menunjukka­n trend positif walaupun menghadapi risiko kemeleseta­n global, yang menjurus kepada pertambaha­n peluang pekerjaan dan mengukuhka­n pasaran buruh di Malaysia,” katanya.

Mohd Uzir berkata, suku tahun keempat tahun lepas menyaksika­n pertumbuha­n sederhana di tengah-tengah gelombang makroekono­mi yang berlanjuta­n, konflik geopolitik dan sentimen berjaga-jaga dalam perniagaan menjelang 2024.

Bagaimanap­un, beliau berkata pasaran buruh dijangka kekal stabil pada suku tahun yang akan datang rentetan daripada pelaburan dan pertumbuha­n dalam kebanyakan industri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia