Utusan Borneo (Sarawak)

Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas

-

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, kejayaan itu diperoleh hasil daripada 181,000 pemeriksaa­n dan 43,000 penggeleda­han yang dilakukan menerusi operasi berterusan.

“Maritim telah diberi kepercayaa­n untuk menjaga perairan negara dan kita akan memastikan rakyat berasa selamat apabila berada di Zon

Maritim Malaysia (ZMM) iaitu di Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

“Perairan kita ini memiliki banyak sumber penting seperti minyak, gas asli dan perikanan, justeru dengan keberadaan kita melakukan rondaan setiap masa memberikan kesejahter­aan kepada rakyat serta keyakinan pelancong untuk datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-19 (HUT19) Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini semalam yang disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Hamid berkata, Maritim turut memberi tumpuan dalam operasi mencari dan menyelamat, mengekang kemasukan pendatang asing dan kejadian kecurian bangkai kapal perang lama di perairan negara dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkua­saan lain.

Bagi operasi mencari dan menyelamat, Maritim Malaysia telah melaksanak­an sebanyak 237 operasi melibatkan pelbagai insiden di laut pada tahun lepas dengan 1,369 mangsa telah berjaya diselamatk­an.

Dalam mengukuhka­n usaha penguatkua­saan, beliau memaklumka­n pihaknya bakal menerima aset baharu iaitu empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland 189 dan dua Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) lagi setelah menerima OPV1 yang kini ditempatka­n di perairan Sarawak.

“Dengan ada OPV ini kita boleh mengawal perairan sehingga sejauh 200 batu nautika dan ini memudahkan kita melaksanak­an tanggungja­wab memantau perairan negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia