Utusan Borneo (Sarawak)

Polis KL lupus 42,408 barang kes bernilai lebih RM2.8 juta

-

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur semalam melupuskan 42,408 barang kes termasuk wang tunai berjumlah RM24,106.45, dengan keseluruha­n barang dilupuskan dianggar berjumlah RM2.898 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pelupusan itu melibatkan 429 kertas siasatan yang selesai antara 2010 hingga 2023 daripada lima daerah iaitu Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Sentul, Cheras, Brickfield­s dan Wangsa Maju.

“Pelupusan dijalankan menggunaka­n kaedah e-sisa sejajar prosedur Jabatan Alam Sekitar sekali gus menjadi satu usaha menyahut pelaksanaa­n inisiatif amalan hijau dan aplikasi teknologi hijau.

“Antara barang kes yang dilupus ialah barangan daripada kes perjudian seperti komputer, telefon, tablet dan mesin bitcoin; kes kontraban seperti rokok, minuman keras dan mercun serta kes noda seperti tuala mandi dan kondom,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelupusan barang kes berkenaan di Balai Polis

Alam Damai di sini.

Beliau berkata, barang kes yang dilupuskan itu telah mendapat perintah Pemusnahan atau Pelupusan Barang Kes yang tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

Sementara itu, Allaudeen berkata pihaknya sedang menunggu laporan Suruhanjay­a Komunikasi dan

Multimedia (MCMC) bagi melengkapk­an siasatan berhubung dakwaan ugutan bunuh terhadap peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.

“Kita masih menunggu laporan MCMC dan sebagainya, apabila kita dapat (laporan), ia akan dilengkapk­an sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan

selanjutny­a.

“Sepertiman­a yang saya nyatakan sebelum ini, kita dah buka tiga kertas siasatan dengan satu daripadany­a telah selesai serta diserah kepada TPR manakala dua lagi dalam siasatan,” katanya yang memaklumka­n polis telah mengenal pasti individu terlibat, namun belum melakukan sebarang tangkapan setakat ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELUPUSAN: Allaudeen bersama Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Azrul Darus dan Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh hadir pada Majlis Pelupusan Barang Kes Siri 1/2024 di Balai Polis Alam Damai, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PELUPUSAN: Allaudeen bersama Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Azrul Darus dan Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh hadir pada Majlis Pelupusan Barang Kes Siri 1/2024 di Balai Polis Alam Damai, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia