Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n Kongres E��onomi Bumiputera 2024 lebih in��lusif: PM

-

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, penganjura­n Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang dijadualka­n berlangsun­g pada 29 Februari hingga 2 Mac depan adalah bersifat lebih inklusif.

Anwar berkata, selain membincang­kan isu berkaitan ekonomi Bumiputera, KEB 2024 juga diharapkan mendapat kerjasama dan sokongan bersama daripada masyarakat Cina dan India bagi membantu menangani masalah kemiskinan.

Menurutnya, beliau akan mengundang pemimpin dewan perniagaan yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India pada minggu depan untuk memberi pandangan dan input berhubung perkara itu supaya KEB 2024 tidak dianggap sebagai eksklusif.

“Ia (KEB 2024) masih menekankan masalah yang dihadapi oleh Bumiputera... tetapi pendekatan selaras dengan negara MADANI harus lebih inklusif.

“Pendekatan inklusif maknanya dalam membicarak­an ekonomi Bumiputera, ada isu seperti perusahaan kecil dan sederhana (SME) atau kelompok India miskin akan kita tangani bersama,” katanya dalam ucap tama beliau pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia (ACCCIM), di sini, semalam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan program pembasmian miskin tegar dalam negara tanpa mengira kaum.

Menurutnya, program pembasmian miskin tegar di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan telah mencapai status 100 peratus.

“Bila kita bicara kemiskinan Bumiputera, kalau ada kelompok tertentu...Cina miskin atau India di estet yang miskin, kita mesti tangani dan selesaikan sebagai satu program nasional.

“Begitu juga peluang perniagaan, peniaga kecil Bumiputera, peluang bagi orang India, peniaga kecil masyarakat Cina...itu kita harus tumpu sebagai program dan agenda nasional,” kata Anwar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia