Utusan Borneo (Sarawak)

Henti��an polemi�� tida�� sihat, mengeliru��an ber��aitan ��eputusan Mah��amah Perse��utuan: Fahmi

- KUALA LUMPUR:

Semua pihak diminta agar tidak meneruskan polemik tidak sihat serta mengeliruk­an berhubung keputusan Mahkamah Persekutua­n yang mengisytih­arkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan sebagai batal dan tidak sah pada Jumaat lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata perkara itu perlu dilakukan demi kemaslahat­an masyarakat.

Beliau turut menjunjung kasih titah nasihat serta pandangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berhubung isu itu dan berharap nasihat baginda dijadikan panduan serta dituruti semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

“Semua pihak kini perlu bertenang, hormati proses Jawatankua­sa Khas yang telah ditubuh di bawah MKI yang diberi masa setahun untuk menyediaka­n cadangan-cadangan dan tidak mendahului proses yang telah diumum ini.

“Kementeria­n Komunikasi akan memberikan kerjasama penuh serta menuruti titah nasihat dan pandangan Tuanku Sultan Selangor,” katanya menerusi catatan di media sosial semalam.

Terdahulu, Sultan Sharafuddi­n menitahkan semua pihak supaya menghormat­i keputusan Mahkamah Persekutua­n serta kedudukan Perlembaga­an Persekutua­n sebagai undangunda­ng utama negara yang perlu sentiasa didukung oleh rakyat.

Baginda bertitah demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n pada Jumaat lepas bahawa 16 kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundanga­n Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutua­n meliputi kesalahan sama.

Sultan Sharafuddi­n bertitah Jawatankua­sa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri sedang meneliti persoalan yang berbangkit antaranya mengkaji keputusan-keputusan mahkamah tertinggi dan membincang­kannya secara terperinci.

Jawatankua­sa khas itu diberi tempoh setahun dari tarikh ia ditubuh untuk memberikan sebarang cadangan kepada MKI dan seterusnya diangkat kepada Majlis RajaRaja bagi diperhalus­i serta diperkenan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia