Utusan Borneo (Sarawak)

Joanne Lam dinobatkan ‘Mrs Classic Global Asian 2024’

- Oleh Jude Toyat

JOANNE LAM, seorang perunding imej berusia 55 tahun dari Kuala Lumpur, telah dinobatkan sebagai ‘Mrs Classic Global Asian 2024’ dalam edisi kedua pertanding­an ratu cantik ‘Miss & Mrs Global Asian’.

Lam dimahkotak­an oleh pemenang sebelumnya, Catherine Roxas Rodrigo dari Filipina, yang merupakan ‘Mrs Classic Global Asian 2023’ dalam majlis yang diadakan di Hyatt Place, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya berbesar hati untuk dinobatkan sebagai ‘Mrs Classic Global Asian 2024’. Platform ini memperkasa­kan wanita dan mempromosi­kan kecantikan dengan misi.

“Matlamat saya adalah untuk memberi inspirasi kepada orang lain fesyen.

Lam bukan hanya seorang perunding imej Berjaya, tetapi juga telah mewakili Malaysia dalam pertanding­an seumpama di peringkat antarabang­sa.

Beliau juga menerima ‘Woman in Business Award 2023’ daripada Federation of Business and Profession­al Women Malaysia.

Dedikasiny­a kepada aktiviti amal juga mencakupi penajaan

bengkel fesyen untuk kanakkanak berkeperlu­an khas, menunjukka­n komitmen beliau terhadap pemerkasaa­n individu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Lam turut menerima gelaran ‘Mrs Global Aura Ambassador’, ‘Darling of the Crowd’ dan ‘Best in Interview’ dalam pertanding­an ini.

Selain Lam, pertanding­an ini turut menyaksika­n kemenangan Dyan Shane Mag Abo dari Filipina sebagai ‘Mrs Global Asian 2024’.

Dyan, 29, yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Psikologi, menerima pelbagai anugerah sampingan lain termasukla­h ‘Popular Award’, ‘Best in Evening Gown’, ‘Best in Catwalk’ and ‘Best in National Costume’.

Dalam kategori ‘Miss’, Jesseca Long, seorang pengurus perhubunga­n korporat berusia 31 tahun dari Singapura telah dinobatkan sebagai ‘Miss Global Asian 2024’.

Jesseca turut mendapat anugerah sampingan ‘Popular Award’.

Pertanding­an ini menarik penyertaan 25 peserta dari

12 negara dan wilayah, termasukla­h Australia, Indonesia, Filipina, Arab Saudi, Thailand, Myanmar, Vietnam, India, Jepun, Bangladesh, Singapura dan Malaysia.

Miss & Mrs Global Asian dianjurkan oleh Nickson Sim mewakili Tiara Management dari Kuching dan Leo Raynold mewakili Leading Management dari Kota Kinabalu, yang telah membawa acara ini ke tahap pengiktira­fan global sejak ditubuhkan pada 2023.

Panel hakim yang terdiri daripada individu terhormat dalam industri fesyen, perniagaan dan masyarakat turut memberikan pelbagai anugerah subsidiari kepada peserta, memperliha­tkan kepelbagai­an bakat dan pencapaian yang luar biasa dalam pertanding­an ini.

Acara ini terus mendapat pengiktira­fan untuk memperkasa­kan wanita keturunan Asia di seluruh dunia, menyediaka­n platform bagi mereka untuk mencipta laluan mereka sendiri dalam membuat perubahan positif di dunia.

 ?? ?? dengan menunjukka­n kepada mereka bahawa tidak kira umur anda, anda boleh membuat perubahan,” kata Lam yang terkenal dengan pencapaian cemerlangn­ya dalam imej peribadi dan
GAYA PESONA: Miss Global Asian 2024, Jesseca Long (Singapura).
MANTAP: Miss Global Asian 2023 Gliyam Cundangan & Miss Global Asian 2024 Jesseca Long & Founder, Nickson Sim.
dengan menunjukka­n kepada mereka bahawa tidak kira umur anda, anda boleh membuat perubahan,” kata Lam yang terkenal dengan pencapaian cemerlangn­ya dalam imej peribadi dan GAYA PESONA: Miss Global Asian 2024, Jesseca Long (Singapura). MANTAP: Miss Global Asian 2023 Gliyam Cundangan & Miss Global Asian 2024 Jesseca Long & Founder, Nickson Sim.
 ?? ??
 ?? ?? KEPELBAGAI­AN BAKAT: Mrs Global Asian 2024, pemenang Top 5.
ANGGUN: Miss Global Asian 2024, pemenang Top 7.
KEPELBAGAI­AN BAKAT: Mrs Global Asian 2024, pemenang Top 5. ANGGUN: Miss Global Asian 2024, pemenang Top 7.
 ?? ??
 ?? ?? IKTIRAF: Mrs Classic Global 2024 Joanne Lam (tengah) bersama Mrs Classic Global 2023 Catherine Roxas Rodrigo dan Founder Leo Raynold (kanan).
IKTIRAF: Mrs Classic Global 2024 Joanne Lam (tengah) bersama Mrs Classic Global 2023 Catherine Roxas Rodrigo dan Founder Leo Raynold (kanan).
 ?? ?? SUMBER INSPIRASI: Joanne Lam dimahkotak­an sebagai Mrs Classic Global Asian 2024.
SUMBER INSPIRASI: Joanne Lam dimahkotak­an sebagai Mrs Classic Global Asian 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia