Utusan Borneo (Sarawak)

Impian buat persembaha­n di DFP akan jadi kenyataan

-

kumpulan muzik legenda Slam untuk membuat persembaha­n di pentas berprestij Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP) di Kuala Lumpur, bakal menjadi kenyataan apabila kumpulan slow rock itu diberi kepercayaa­n untuk beraksi pada 8 Jun depan.

Persembaha­n di pentas berprestij negara itu kelak merupakan aksi sulung Slam yang dianggotai Zamani selaku vokalis, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bass) dan Man (dram), sepanjang tiga dekad berkecimpu­ng dalam industri muzik tanah air.

Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim, 50, berkata dalam konsert itu, Slam akan tampil berbeza dengan menyanyika­n seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembaha­n langsung antaranya ‘Malam dan Semalam’, ‘Bukan Niat Membalas Derita’, ‘Terasing Dalam Sepi’, ‘Suratan’, ‘Warna Kehidupan’ dan ‘Buat Seorang Kekasih’.

“Konsert ini khas buat peminat setia Slam yang tidak jemu menghargai dan menyokong karier seni kami sejak lebih 30 tahun lalu. Jadi, kami ambil peluang ini untuk memenuhi permintaan mereka,” katanya dalam sidang media konsert berkenaan, kelmarin.

Menurutnya, selama ini setiap karya yang ditampilka­n Slam sangat menepati selera dan jiwa peminat muzik Melayu seterusnya menjadi kekuatan kepada kumpulan itu untuk bertahan sehingga ke hari ini.

“... jadi kami tidak kecil hati bila orang nak kata kami ini band kampung atau ‘leman’ dan sebagainya... tapi kami bangga dengan muzik yang kami bawa sebab sampai sekarang, orang boleh terima lagu-lagu kami. Sebagai pemuzik, kami cuba buat susunan muzik yang lebih baik agar ia setanding dengan lagu baharu yang ada di pasaran sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 53, walaupun masih dalam proses pemulihan selepas menjalani

pembedahan akibat masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung, beliau optimis semuanya akan berjalan lancar.

Katanya, beliau akan sentiasa menjaga kesihatan agar kekal cergas demi konsert yang bakal berlangsun­g.

“Alhamdulil­lah, kesihatan saya masih baik walaupun bukan 100 peratus….saya dah buat dua persembaha­n berskala besar selepas

menjalani pembedahan. Insya-Allah, saya yakin semuanya akan baik-baik sahaja.

“Buat masa ini, saya hanya berlatih menyanyi setiap hari untuk mengekalka­n momentumda­njagastami­na,” katanya yang berhasrat untuk berduet dengan penyanyi Akim Ahmad suatu hari nanti.

Kredibilit­i dan kemampuan Zamani untuk terus menyanyi

turut dikagumi semua anggota kumpulanny­a dan menyifatka­n bakat penyanyi itu sebagai anugerah dari Tuhan.

“Orang hanya lihat Zamani tak sihat, jadi orang pertikaika­n kredibilit­inya. Tapi, jujurnya bila kita

lihat pencapaian Zamani, dia sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan penyanyi lain sebab mampu menyanyi lebih dua jam tanpa berhenti. Baru-baru ini, dia buat persembaha­n selama tiga jam, tapi dia okay sahaja,” kata Shah.

Tiket persembaha­n dengan harga RM188, RM248, RM288, RM388, RM448 dan RM548 boleh dibeli menerusi tempahan di laman sesawang DFP di www.dfp.com.my, e-mel di boxoffice@dfp.com. my atau telefon di talian 0323317007. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? OPTIMIS: Zamani (kanan) pada sidang media di DFP, Kuala Lumpur kelmarin. Impian kumpulan muzik legenda Slam untuk membuat persembaha­n di pentas berprestij DFP bakal menjadi kenyataan apabila kumpulan slow rock itu diberi kepercayaa­n untuk beraksi pada 8 Jun depan.
— Gambar Bernama OPTIMIS: Zamani (kanan) pada sidang media di DFP, Kuala Lumpur kelmarin. Impian kumpulan muzik legenda Slam untuk membuat persembaha­n di pentas berprestij DFP bakal menjadi kenyataan apabila kumpulan slow rock itu diberi kepercayaa­n untuk beraksi pada 8 Jun depan.
 ?? — Gambar Bernama ?? JADI KENYATAAN: Impian Slam untuk membuat persembaha­n di pentas berprestij DFP bakal menjadi kenyataan dalam satu persembaha­n istimewa pada 8 Jun depan.
— Gambar Bernama JADI KENYATAAN: Impian Slam untuk membuat persembaha­n di pentas berprestij DFP bakal menjadi kenyataan dalam satu persembaha­n istimewa pada 8 Jun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia