Utusan Borneo (Sarawak)

China kecam Taiwan selepas dua rakyatnya maut dalam nahas bot

- — AFP

China kelmarin mengecam pihak berkuasa Taiwan selepas dua rakyatnya terbunuh dalam kemalangan bot ketika dikejar oleh pengawal pantai Taiwan.

Bot China itu membawa empat orang ketika ia karam berhampira­n Pulau Kinmen, menghumban semua yang berada di dalamnya ke dalam air, kata pihak berkuasa China dan Taiwan.

“Insiden buruk telah menjejaska­n perasaan rakyat di kedua-dua pihak di Selat Taiwan,” kata Zhu Fenglian, jurucakap bagi Pejabat Hal Ehwal Taiwan di China, dalam satu kenyataan.

Pihak pengawal pantai Taiwan mendakwa bot laju tersebut telah “memasuki secara haram perairan Taiwan”, lapor agensi berita CAN di pulau itu.

Pihak pengawal pantai “segera memohon supaya bot itu menyerah untuk pemeriksaa­n, namun ia menolak dan karam ketika ia memecut pergi,” kata CAN.

Beijing telah menggesa pihak berkuasa Taiwan agar segera menyiasat insiden tersebut, tambah Zhu.

CAN melaporkan empat orang itu telah dikeluarka­n dari air dan dihantar ke hospital.

“Dua orang disahkan meninggal dunia selepas usaha untuk membantu mereka gagal,” kata pengawal pantai.

“Dua orang lagi berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Kinmen bagi siasatan lanjut oleh pendakwa raya,” tambahnya.

Pulau Kinmen telah dikawal

oleh Taiwan namun terletak dalam jarak penglihata­n pantai China.

China mendakwa Taiwan yang demokratik sebagai miliknya, walaupun ia tidak memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang mempunyai seramai 23 juta rakyat dan pulau-pulau berhampira­nnya.

Insiden muncul di sebalik latar belakang bagi ketegangan tinggi di sekitar Selat Taiwan.

Pilihan raya presiden Taiwan, diadakan pada Januari, telah dimemangi oleh Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik pemerintah, yang dianggap oleh Beijing sebagai “pemisah”.

Presiden China Xi Jinping telah menyeru tanpa henti bagi penyatuan semula Taiwan dengan China, lebih 70 tahun sejak kedua-duanya berpisah pada hujung perang saudara pada 1949.

 ?? — Gambar AFP ?? KARAM: Gambar serahan Pengawal Pantai Taiwan kelmarin menunjukka­n kakitangan­nya meneropong sebuah bot laju China yang karam berhampira­n Pulau Kinmen.
— Gambar AFP KARAM: Gambar serahan Pengawal Pantai Taiwan kelmarin menunjukka­n kakitangan­nya meneropong sebuah bot laju China yang karam berhampira­n Pulau Kinmen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia