Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Jerman ditangkap seludup gula-gula ganja di lapangan terbang Rusia

-

Seorang lelaki Jerman berusia 38 tahun ditangkap di lapangan terbang St. Petersburg di Rusia selepas gula-gula ganja yang dapat dimakan ditemui di dalam bagasinya, disahkan oleh kementeria luar negeri Jerman kelmarin.

“Saya dapat mengesahka­n bahawa kami menyedari tentang kes itu dan ia melibatkan seorang rakyat Jerman,” kata jurucakap kementeria­n luar negeri Christian Wagner selepas pihak berkuasa kastam Rusia melaporkan insiden itu pada Selasa.

Kerajaan telah berhubung dengan peguam lelaki itu, menurut Wagner.

Dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun di bawah undang-undang dadah Rusia.

Lelaki itu membawa satu beg plastik yang berlabel “Fink Green Goldbears” dan mempunyai gambar daun ganja. Beg itu mengandung­i enam biji gula-gula jeli yang seberat kira-kira 20 gram.

“Sebaik sahaja diuji, ia didapati mengandung­i tetrahydro­cannabinol – sejenis dadah narkotik dan dengan itu dilarang untuk dibawa merentasi sempadan,” menurut pihak berkuasa Rusia.

Lelaki itu telah tiba dari Hamburg melalui Istanbul dan merancang untuk menemui seorang wanita yang dikenaliny­a secara atas talian dan menjelajah di sekitar Rusia, kata mereka.

“Penumpang menjelaska­n bahawa pada hujung tahun lepas dia telah membeli 10 gula-gula mengandung­i ganja di sebuah kedai khusus di negara asalnya,” kata pihak perkhidmat­an kastam.

Dia suka memakan gulagula itu ketika penerbanga­n panjang “untuk tidur yang nyenyak”, katanya.

Negara-negara Barat telah menuduh Rusia menahan rakyat mereka untuk dijadikan cip tawar-menawar dalam memastikan pembebasan pengintip Rusia yang ditahan di luar negara. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia