Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Kenya tangkap semula suspek bunuh kekasih di AS

-

Polis Kenya kelmarin mengumumka­n mereka telah menangkap semula seorang lelaki yang lolos dari tahanan yang menjadi tajuk utama selepas penahanann­ya kerana disyaki membunuh teman wanitanya di Amerika Syarikat (AS).

Kevin Kang’ethe telah ditahan sementara menunggu ekstradisi ke AS bagi kematian Margaret Mbitu, yang mayatnya ditemui di sebuah tempat letak kereta lapangan terbang pada tahun lepas, namun telah lolos dari sebuah balai polis pada minggu lepas.

“Kami telah menangkap semula suspek dan dia sekarang berada dalam tahanan,” ketua polis Nairobi Adamson Bungei memberitah­u AFP.

Beliau berkata Kang’ethe telah bersembuny­i di sebuah rumah saudara mara di luar Nairobi, di mana polis menemuinya pada lewat Selasa selepas pemburuan selama beberapa hari.

“Dia sekarang akan dibawa ke mahkamah bagi berdepan dakwaan melarikan diri dari tahanan undang-undang ketika dia menunggu ekstradisi,” katanya.

Tindakan pelolosan itu menyebabka­n pihak polis malu, dengan Bungei menyifatka­n kejadian pada masa itu sebagai “memalukan”.

Pihak berkuasa AS dan Kenya melancarka­n pemburuan selepas Mbitu ditemui ditikam hingga mati di tempat letak kereta di lapangan terbang Logan di Boston pada November.

Satu waran tangkap telah dikeluarka­n untuk Kang’ethe selepas dia meninggalk­an AS untuk kembali ke negara asalnya Kenya, di mana dia ditangkap pada lewat Januari.

Polis berkata suspek, yang menurut pelbagai laporan media berusia 40 atau 41 tahun, telah dikeluarka­n dari bilik penjaranya pada Rabu minggu lepas bagi pertemuan dengan peguamnya, ketika dia meloloskan diri.

Pada masa kejadian lolos tersebut, komander stesen sedang mempengeru­sikan mesyuarat dengan kakitangan antijenaya­h di pejabatnya, jelasnya, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah mengejarny­a namun gagal menangkap Kang’ethe.

Empat anggota polis, dua ahli keluarga dan peguam telah ditangkap berhubung dengan tindakan melarikan diri itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia