Utusan Borneo (Sarawak)

Subianto isytihar menang pilihan raya presiden

Keputusan awal meletakkan bekas jeneral Indonesia itu mendahului dua pencabar utamanya

-

JAKARTA: Bekas jeneral Prabowo Subianto mengisytih­arkan kemenangan dalam pilihan raya presiden kelmarin ketika keputusan awal meletakkan­nya jauh mendahului dua pencabar utamanya untuk mengetuai negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Tinjauan telah lama menunjukka­n menteri pertahanan yang bersemanga­t itu menjadi yang disukai selepas beliau berjanji akan menjalanka­n agenda oleh pemimpin terkenal sebelum ini Joko Widodo, yang dituduh menyokong kempennya secara tidak sepatutnya dan anak lelakinya yang merupakan rakan pencalonan Subianto.

“Semua kiraan, semua peninjau pendapat menunjukka­n jumlah bahawa Prabowo-Gibran telah memenangi pusingan pertama,” beliau memberitah­u penyokong yang bersorak di tengah Jakarta, merujuk kepada calon timbalan presidenny­a Gibran Rakabuming Raka, yang berdiri di sisinya dengan memakai baju berpetak yang sama.

“Kemenangan ini harus menjadi satu kemenangan buat semua rakyat Indonesia.”

Keputusan rasmi tidak dijangkaka­n sehingga bulan hadapan namun sekurangku­rangnya empat kumpulan yang diluluskan oleh kerajaan – melakukan unjuran berdasarka­n kiraan rasmi awal – menunjukka­n Subianto memenangi kira-kira 57 peratus majoriti ketara.

Ketika mengisytih­arkan kemenangan, Subianto menegaskan “kami masih lagi menunggu keputusan rasmi KPU” – merujuk kepada jawatankua­sa pilihan raya.

“Kami percaya demokrasi Indonesia berjalan dengan lancar. Rakyat telah membuat keputusan,” beliau memberitah­u penyokongn­ya.

Subianto, yang merupakan ketua tentera ketika pemerintah­an diktator Suharto pada satu generasi dahulu, memerlukan lebih 50 peratus undi keseluruha­n dan sekurang-kurangnya satu perlima undi di 38 wilayah untuk separuh daripada negara tersebut bagi menjamin jawatan presiden itu.

Subianto yang berusia 72 tahun – menolak protes jalanan dan melancarka­n cabaran perundanga­n selepas kalah dalam dua pilihan raya sebelum ini – berterima kasih kepada penyokongn­ya dan menyeru bagi perpaduan.

“Sekarang kempen telah tamat, kita harus bersatu semula,” katanya.

“Kiraan pantas” oleh kumpulan peninjau yang dibenarkan oleh kerajaan telah urut digunakan dalam pilihan raya sebelumnya oleh calon-calon bagi meraih kemenangan.

Peninjau pendapat telah mengambil sampel di pusat pengundian terpilih selepas pengundian tamat, dan dibenarkan untuk melihat kiraan oleh pihak berkuasa pilihan raya.

Amerika Syarikat mengucapka­n tahniah kepada rakyat Indonesia bagi “kehadiran teguh,” dalam satu kenyataan yang tidak menyebut nama Subianto.

“Kami tidak sabar menunggu pengumuman Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum untuk keputusan rasmi pilihan raya,” kata jurucakap Jabatan Negara Matthew Miller.

Perkhidmat­an ketenteraa­n Subianto merupakan satu faktor pemutus bagi segelintir pengundi.

“Beliau memiliki latar belakang ketenteraa­n, maka

saya fikir beliau akan menjadi seorang pemimpin yang tegas,” kata Afhary Firnanda, seorang pekerja pejabat berusia 28 tahun di Jakarta.

Subianto telah dipecat dari tentera pada 1998 atas tuduhan beliau mengarahka­n penculikan aktivis demokrasi pada hujung pemerintah­an Suharto, namun beliau menafikan dakwaan itu dan tidak pernah didakwa.

Beliau kemudian memulihkan semula imejnya, hasil daripada kempen media sosial yang menyasarka­n belia Indonesia yang menggambar­kannya sebagai seorang “datuk yang hangat”.

Strategi itu kelihatan telah membuahkan hasil, dan bekas jeneral itu memaklumka­n undi golongan belia membantuny­a menang dalam sebuah negara di mana golongan milenial dan Gen Z meliputi lebih separuh daripada pengundi.

Satu lagi faktor utama dalam populariti­nya adalah memilih anak sulung lelaki Widodo, Raka yang berusia 36 tahun, sebagai rakan bertanding­nya, satu tindakan yang menarik perhatian.

Ketua kehakiman Indonesia ketika itu, yang merupakan abang ipar Widodo, pada Oktober telah mengubah peraturan yang menyekat calon berusia bawah 40 tahun untuk bertanding bagi jawatan tinggi.

Beberapa pemerhati turut menuduh Widodo menggunaka­n dana kerajaan secara tidak sepatutnya bagi menyokong Subianto, yang telah menafikan tuduhan bagi salah laku itu.

“Sokongan Jokowi adalah sangat besar,” kata Yoes Kenawas, penganalis­is politik di Universiti Katolik Atma Jaya yang berpusat di Jakarta, menggunaka­n nama gelaran presiden.

“Bantuan kebajikan sosial telah diagihkan melalui wakil negara... itu adalah faktor utama.”

Serta kumpulan hak asasi telah menyuaraka­n amaran bahawa beliau mungkin akan menarik semula kebebasan demokratik yang sukar dimenangi.

“Kami sering kali berasa bimbang mengenai komitmenny­a terhadap demokrasi,” kata Kenawas.

“Sekiranya beliau menang, persoalan itu akan sering berlegar.”

Seorang calon bertanding lain Anies Baswedan, yang menjadi pilihan ramai untuk menentang Subianto dalam acara peringkat awal, menyatakan beliau akan menghormat­i keputusan hanya setelah ia diputuskan.

“Kita perlu untuk menghormat­i keputusan rakyat,” beliau memberitah­u wartawan di ibu pejabat kempennya selepas lawannya meraih kemenangan.

Namun penganalis­is berkata unjuran menunjukka­n Subianto kemungkina­n mengelakka­n ‘runoff’ pada Jun.

“Dengan jumlah sebegini saya sangat yakin beliau tidak memerlukan pusingan kedua,” kata Justin Hastings, profesor hubungan antarabang­sa di University of Sydney.

Jurucakap bagi Ganjar Pranowo, tempat ketiga dalam pengundian, memberitah­u wartawan pasukannya telah membongkar penipuan pengundian yang “tersusun, sistematik dan besar”, tanpa memberikan sebarang bukti.

Hampir 205 juta orang layak untuk mengundi dalam pilihan raya presiden yang kelima itu sejak pemerintah­an diktator Suharto tamat pada 1998.

 ?? — Gambar AFP ?? MENANG: Subianto bersalaman dengan penyokong selepas mengisytih­arkan kemenangan dalam pilihan raya presiden di Jakarta, kelmarin.
— Gambar AFP MENANG: Subianto bersalaman dengan penyokong selepas mengisytih­arkan kemenangan dalam pilihan raya presiden di Jakarta, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia