Utusan Borneo (Sarawak)

Lazio benam Bayern Munich 1-0 pada perlawanan pertama

Lazio memiliki kelebihan tipis mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan kelebihan satu gol untuk aksi kedua

- Pemain Lazio

ROM: Ciro Immobile memastikan Lazio memiliki kelebihan tipis untuk kelayakan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh setengah abad apabila menewaskan Bayern Munich 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua di sini pada Rabu, sekali gus memberikan lebih banyak tekanan kepada pasukan pelawat.

Kami membuat persediaan untuk perlawanan ini supaya kami dapat memberikan saingan yang kuat dengan Bayern. Walaupun jika kami hanya memiliki 10 peratus peluang, pasukan akan memberikan segala-galanya dalam padang.

Immobile menyempurn­akan gol tunggal perlawanan dari satu tendangan penalti minit ke-69 perlawanan di Stadio Olimpico di Rom untuk menambah lagi tekanan ke atas juara Bundesliga Jerman itu, yang mempunyai risiko mengharung­i musim buruk berbanding standard tinggi mereka sendiri.

Penalti diberikan oleh pengadil selepas Gustav Isaksen dikasari Dayot Upamecano, menyebabka­n pemain pertahanan Bayern itu dilayangka­n kad merah dan menyebabka­n Bayern beraksi dengan 10 pemain dalam 20 minit terakhir permainan.

Gol Immobile hadir beberapa hari selepas dia menjaringk­an gol ke-200 dalam Serie A dan membolehka­n penyokong tuan rumah mula mengimpika­n kemaraan pertama ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dalam tempoh 24 tahun.

“Kami membuat persediaan untuk perlawanan ini supaya kami dapat memberikan saingan yang kuat dengan Bayern. Walaupun jika kami hanya memiliki 10 peratus peluang, pasukan akan memberikan segala-galanya dalam padang,” kata Immobile.

“Kami mahu memberikan penyokong kami malam yang

Ciro Immobile

baik dan saya fikir kami berjaya melakukann­ya.”

Lazio memenangi kejuaraan Serie A ketika kali terakhir mereka melangkah ke peringkat suku akhir Liga JuaraJuara pada 2000, apabila tewas kepada Valencia.

Dan dalam usaha untuk mengulangi kejayaan oleh skuad yang dibarisi pemain bintang seperti Juan Sebastian

Veron, Marcelo Salas dan Sinisa Mihajlovic, skuad kendalian Maurizio Sarri bagaimanap­un masih perlu bertahan di Munich pada perlawanan kedua bulan hadapan.

Bagaimanap­un, Bayern kelihatan pasukan yang hambar dan tumpul di jentera serangan di mana mereka tidak langsung mempunyai satu cubaan tepat ke pintu gol,

menyebabka­n jurulatihn­ya, Thomas Tuchel juga semakin bergelut untuk mengekalka­n jawatannya.

Tuchel, yang menggambar­kan prestasi pasukannya ketika menentang Lazio sebagai “goyah”, berada dalam tekanan selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Bayern Leverkusen, menyebabka­n Bayern kini ketinggala­n lima

mata di belakang Leverkusen dalam saingan kejuaraan liga.

Liga Juara-Juara kelihatan seperti peluang terakhir Bayern untuk memenangi satu trofi musim ini namun Immobile menyebabka­n harapan mereka itu dalam keraguan.

Bayern memulakan permainan dengan memberangs­angkan, dengan beberapa

peluang di hadapan kotak penalti namun hanya satu cubaan tepat ke pintu gol.

Ia bagaimanap­un ‘cubaan’ pemain pertahanan Lazio, Alessio Romagnoli, yang bernasib baik tidak tertolak bola ke pintu golnya sendiri sebelum rembatan Jamal Musiala melambung tinggi.

Harry Kane juga gagal menyempurn­akan peluang dari jarak dekat pada minit ke-32 sebelum Leroy Sane melihat tendangan percuma juga tinggi.

Tetapi selepas rehat, Bayern berterima kasih kepada penjaga golnya, Manuel Neuer yang berjaya menepis cubaan Gustav Isaken selepas menerima umpanan kemas dari Luis Alberto.

Dan selepas sekian lama Bayern menguasai bola tanpa sebarang gol, Immobile menghukum mereka dengan gol peribadi ke-20 musim ini dari satu tendangan penalti.

Tugas Bayern untuk mencari gol penyamaan semakin sukar apabila Upamecano dibuang padang dan mereka juga bernasib baik tidak gol kedua walaupun Lazio kelihatan mempertaha­nkan kedudukan mereka sehingga ke wisel penamat.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Lazio dan Bayern Munich di Stadium Olympic di Rom.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Lazio dan Bayern Munich di Stadium Olympic di Rom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia