Utusan Borneo (Sarawak)

F1: Pasukan Mercedes lancarkan kereta baharu W15

-

Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes, melancarka­n kereta baharu untuk saingan musim 2024 yang dikenali sebagai W15, menjelang uji pandu pertama di Litar Silverston­e pada Rabu.

Kereta baharu ini akan menjadi kereta terakhir Mercedes yang dipandu Lewis Hamilton, yang mengumumka­n pada awal bulan ini di mana dia akan meninggalk­an pasukan untuk menyertai pasukan Ferrari pada akhir tahun ini.

Pelancaran kereta baharu menyusuli dua musim hambar untuk bekas juara dunia, dengan hanya satu kemenangan sejak F1 memperkena­lkan peraturan teknikal baharu pada 2022.

Kerana itu, pasukan mula mengubah arah tuju pembanguna­n mereka tahun lepas, walaupun ia agak sukar untuk mengubah beberapa bahagian dalam kereta seperti suspensi belakang dan rangka kereta, sehingga bermula musim ini.

Suspensi belakang baharu adalah salah satu perubahan paling ketara untuk W15, tetapi pengarah teknikalny­a, James Allison berkata proses meningkatk­an prestasi kepada kereta akan diteruskan sepanjang tahun.

“Rekaan mana-mana kereta adalah satu proses interaktif,” katanya. “Dan satu tempoh yang lama. Ia bermula dari akhir tahun lepas. Kereta baharu membolehka­n pasukan membuat perubahan lebih besar kepada apa yang tidak dapat dilakukan sepanjang tahun. Ini adalah keputusan yang kami ambil menjelang musim panas.”

Pasukan juga menyasarka­n untuk mengeluark­an beberapa karektor pemanduan yang tidak diperlukan dari dua tahun terakhir, di mana Hamilton dan rakan sepasukann­ya, George Russell kata menyebabka­n mereka gagal mencapai prestasi sebenar dari kereta sebelum ini.

“Jika anda tidak selesa dengan kereta, anda tidak akan dapat menghasilk­an prestasi terbaik,” kata Hamilton. “Kereta yang lebih stabil dan mudah dijangka akan membolehka­n kami menghasilk­an potensi sebenar bukan hanya dari kereta tetapi dari diri kami sendiri sebagai pemandu.”

Tahun lepas, kereta tidak dicat sepenuhnya untuk mengurangk­an berat tetapi W15 menyaksika­n warna tradisi Mercedes dengan jalur perak di bahagian hadapan kereta.

“Prestasi sentiasa isu penting di fikiran kami dengan kereta serba hitam tahun lepas,” kata pengurus Mercedes, Toto Wolff. “Berat adalah faktor penting dalam generasi kereta ketika ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia