Utusan Borneo (Sarawak)

Swiatek melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan tenis wanita Terbuka Qatar

-

DOHA: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan tenis wanita Terbuka Qatar untuk tahun ketiga berturut-turut pad Rabu, sementara Naomi Osaka juga meneruskan kemaraan tanpa memukul bola.

Swiatek, juara bertahan dua kali di sini, menewaskan pilihan ke-14 kejohanan, Ekaterina Alexandrov­a 6-1 dan 6-4.

Dengan kemenangan itu, Swiatek, 22, akan bertemu dengan seorang lagi bekas juara di sini, Victoria Azarenka dari Belarus.

Azarenka, yang juga bekas pemain nombor satu dunia, menewaskan pilihan kelapan, Jelena Ostapenko 6-0 dan 6-3 untuk kemenangan ketiganya ke atas pemain dari Latvia itu tahun ini.

Swiatek kini memiliki rekod 11-1 di Doha, dengan kekalahan tunggalnya di sini ialah kepada Svetlana Kuznetsova di pusingan kedua pada 2020.

Osaka sebelum itu meneruskan kemaraan selepas lawannya dari Ukraine, Lesia Tsurenko, yang mengejutka­n pilihan keempat, Ons Jabeur di pusingan kedua, menarik diri kerana kecederaan siku.

Osaka akan bertemu dengan seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova, untuk satu tempat ke separuh akhir ketika jaguh dari Jepun itu meneruskan kepulangan­nya selepas cuti melahirkan anak.

Pemain berusia 26 tahun itu melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan WTA yang pertama sejak melangkah ke final Terbuka Miami hampir dua tahun yang lalu.

Pliskova, yang memenangi kejuaraan pertamanya dalam tempoh empat tahun di Romania minggu lepas, bangkit dari diambang kekalahan sebelum menewaskan pemain remaja Republik Czech, Linda Noskova 3-6, 7-5 dan 6-1.

Pada perlawanan lain, Leylah Fernandez menyingkir­kan

naib juara Terbuka Perancis, Zheng Qinwen 7-5 dan 6-3.

Zheng, pemain pilihan kelima kejohanan dari China, gagal menyempurn­a mata akhir 5-3 pada set pertama, membolehka­n Fernandez bangkit memenangi empat permainan terakhir untuk mengesahka­n mata pertama.

Fernandez terus menghukum

aksi hambar Zheng pada set kedua untuk mengesahka­n kemenangan.

“Saya sangat bersemanga­t dan sangat gembira dengan tahap permainan saya. Masih ada banyak yang perlu dilakukan tetapi setakat ini semuanya bagus, jadi saya hanya perlu terus berusaha,” kata Fernandez.

Dengan kemenangan itu,

Fernandez akan bertemu pilihan ketiga kejohanan, Elena Rybakina, yang menewaskan pemain pilihan ke-16 dari Amerika Syarikat (AS), Emma Navarro 6-1, 6-7(6/8) dan 6-4.

Anastasia Pavlyuchen­kova juga meneruskan kemaraan selepas menewaskan Marketa Vondrousov­a 7-5 dan 6-3.

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Swiatek berjaya menundukka­n lawannya, Alexandrov­a pada perlawanan tenis wanita di Kejohanan Terbuka Qatar di Doha.
— Gambar AFP TENANG: Swiatek berjaya menundukka­n lawannya, Alexandrov­a pada perlawanan tenis wanita di Kejohanan Terbuka Qatar di Doha.
 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Aksi Alexandrov­a ketika menentang Swiatek pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP TANGKAS: Aksi Alexandrov­a ketika menentang Swiatek pada perlawanan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia