Utusan Borneo (Sarawak)

PSG langkah sebelah kaki ke suku akhir

Perlawanan pertama pusingan kedua aksi Liga Juara-Juara menyaksika­n PSG menang 2-0 ke atas Real Sociedad

- Penyerang PSG

PARIS: Kylian Mbappe menjaringk­an gol pembukaan ketika Paris SaintGerma­in (PSG) melangkah sebelah kaki ke peringkat suku akhir Liga JuaraJuara dengan kemenangan 2-0 ke atas Real Sociedad dalam perlawanan pertama pusingan kedua kejohanan pada Rabu.

Aksi hambar PSG dalam separuh masa pertama di Parc des Princes mungkin menyebabka­n penyokong mereka bimbangkan satu keputusan mengecewak­an berterusan sejak dua tahun di mana mereka tersingkir di pusingan kedua berturuttu­rut.

Tetapi Mbappe, yang dijangka akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini apabila kontraknya tamat, memecah kebuntuan tidak lama selepas rehat.

Bradley Barcola menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-70 untuk memberikan juara Ligue 1 Perancis itu pendahulua­n selesa menjelang perlawanan kedua di Sepanyol bulan hadapan.

“Kami berjaya menjaringk­an gol pada saat penting. Kami gembira dengan langkah pertama ini. Masih ada banyak yang perlu dilakukan tetapi ia adalah bagus untuk pergi ke sana dengan kelebihan gol,” kata Mbappe.

Kapten PSG, Marquinhos, menambah: “Kami berada dalam kesukaran dalam separuh masa pertama tetapi kami tahu ia akan berlaku.

“Jurulatih memberikan kami kata-kata semangat pada masa rehat dan saya fikir ia membantu kerana sikap kami lebih baik dalam separuh masa kedua.

“Kami berjaya menjaringk­an gol pada saat penting. Kami gembira dengan langkah pertama ini. Masih ada banyak yang perlu dilakukan tetapi ia adalah bagus untuk pergi ke sana dengan ” kelebihan gol. Kylian Mbappe

“Kami tahu betapa penting untuk menang di tempat sendiri tetapi ia masih belum berakhir. Kami perlu mengekalka­n pemikiran yang sama di antara sekarang dan perlawanan kedua, mengekalka­n permainan baik dalam liga dan kemudian pergi ke sana bermain dengan baik dan mengesahka­n kelayakan (ke suku akhir).”

Ada tekanan besar ke atas PSG sebelum perlawanan ini selepas tersingkir di pusingan kedua kejohanan ini dalam lima dari tujuh musim terakhir.

Satu lagi penyingkir­an awal

pastinya kekecewaan besar buat kelab dimiliki hartawan Qatar, terutama sekali dengan Real Sociedad beraksi buat kali pertama di pusingan kedua dalam tempoh dua dekad.

Mereka juga melakukan kunjungan ke Paris dengan gagal menjaringk­an sebarang gol selain gagal menang empat perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an.

Selain dari itu, Sociedad juga beraksi tanpa kapten dan penjaring terbanyak pasukan, Mikel Oyarzabal kerana kecederaan.

PSG, yang memberikan

penampilan sulung pada kejohanan ini untuk pemain pertahanan kiri berusia 20 tahun, Lucas Beraldo, yang dibeli pada bulan Januari lepas, memburu untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam kejohanan ini kepada 16 perlawanan, bermula sejak awal bulan November.

Bagaimanap­un, satu cubaan awal Mbappe berjaya ditepis penjaga gol Sociedad, Alex Remiro, yang merupakan satu-satu cubaan serius pasukan tuan rumah dalam separuh masa pertama yang hambar.

Sociedad, yang memenangi

kumpulan pusingan pertama di hadapan Inter Milan, kelihatan lebih selesa dan hampir membuka jaringan sebelum rehat.

Pada minit akhir separuh masa pertama, Mikel Merino mengawal bola dengan kemas di hadapan kotak penalti sebelum melakukan rembatan dari jarak jauh yang menggegar palang gol.

PSG akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke58 apabila tendangan sudut Ousmane Dembele dikuis Marquinhos ke arah hadapan pintu gol untuk disempurna­kan oleh Mbappe.

Ia adalah gol peribadi ke31 Mbappe dalam semua pertanding­an dan gol keempatnya dalam kejohanan ini.

Gol itu mengurangk­an debaran PSG dan Mbappe hampir menambah jaringan pada mini tke-63 tetapi rembatanny­a berjaya ditepis Remiro.

PSG hanya menambah jaringan ketika berbaki 20 minit permainan apabila Barcola menerima umpanan di sayap kiri, melepasi kawalan Hamari Traore untuk masuk ke kotak penalti dan kemudian merembat bola ke pintu gol untuk gol pertamanya dalam

Liga Juara-Juara.

Real cuba bangkit tetapi mereka tetap gagal menjaringk­an sebarang gol dari lima perlawanan terakhir dan mempunyai tugas sukar menjelang perlawanan kedua di San Sebastian pada 5 Mac depan, walaupun penyokong PSG tetap risau dengan kegagalan pasukan mereka mempertaha­nkan kelebihan gol yang banyak sejak beberapa tahun yang lalu, di mana mereka tewas kepada Barcelona dan Real Madrid walaupun memiliki kelebihan gol yang agak banyak. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara PSG dan Real Sociedad di Stadium Parc des Princes di Paris.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara PSG dan Real Sociedad di Stadium Parc des Princes di Paris.
 ?? — Gambar AFP ?? BERBISA: Mbappe meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan tersebut. PSG menang 2-0.
— Gambar AFP BERBISA: Mbappe meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan tersebut. PSG menang 2-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia