Utusan Borneo (Sarawak)

Renang: Haughey menangi kejuaraan dunia pertamanya

-

Siobhan Haughey dari Hong Kong memenangi kejuaraan dunia yang pertamanya dalam acara jarak jauh dalam kariernya apabila memenangi pingat emas acara 200 meter gaya bebas wanita pada Rabu.

Haughey, pemenang pingat perak dalam acara 100 dan 200 meter bebas di Sukan Olimpik Tokyo, juga memberikan Hong Kong pingat emas pertama dalam kejohanan dunia.

Dia menamatkan perlumbaan dengan masa satu minit 56.89 saat, mengatasi Erika Fairweathe­r dari New Zealand di tempat kedua dan Brianna Throssell dari Australia di tempat ketiga.

Haughey, 26, yang memenangi tiga pingat emas dalam acara jarak dekat pada kejohanan dunia dalam kariernya, mengambil sepenuh peluang apabila tiga pemenang pingat dari kejohanan dunia di Fukouka tahun lepas, tidak berada dalam senarai akhir perlumbaan di sini.

“Ia sangat bermakna bagi saya, terutama sekali sejak saya terlepas peluang pingat emas beberapa kali. Jadi kemenangan ini benar-benar istimewa,” katanya.

“Saya berharap catatan masa saya lebih bagus tetapi saya fikir ada masih banyak masa untuk belajar dari perlumbaan ini.”

Ada juga kejuaraan dunia yang pertama untuk Republik Ireland, apabila Daniel Wiffen memenangi acara 800 meter bebas lelaki dengan masa 7:40.94.

Dalam acara 200 meter kupu-kupu lelaki, Tomoru Honda meraih emas untuk

Jepun, ketika ketiadaan juara bertahan, Leon Marchand, dengan mencipta masa 1 minit 53.88 saat.

Seperti ramai atlet utama lain, Marchand tidak menyertai kejohanan dunia untuk memberikan sepenuh fokus latihan menjelang Sukan Olimpik Paris lewat tahun ini.

Sementara itu, perenang sensasi berusia 19 tahun China, Pan Zhanle, yang memecah rekod dunia acara 100 meter bebas pada awal kejohanan, mencipta masa terpantas kelayakan untuk

ke final dengan catatan masa 47.73 saat.

Ahad lepas, Pan memadam 0.06 saat dari rekod lama dicipta oleh David Popovici dari Romania pada kejohanan renang Eropah di Rom pada Ogos 2022, dengan rekod baharu adalah 46.08 saat.

Pan juga membantu pasukan berganti-ganti 4x100 meter gaya bebas bersama-sama Ji Xinjie, Zhang Zhanshuo dan Wang Haoyu untuk memenangi pingat emas dengan masa 3:11.08. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KENANGAN MANIS: (Dari kiri) Pemenang pingat perak, Erika Fairweathe­r, dari New Zealand, Haughey dari Hong Kong memenangi pingat emas bersama pemenang pingat gangsa, Brianna Throssell dari Australia bergambar di atas podium semasa sesi penyampaia­n pingat pada Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Aspire Dome di Doha.
— Gambar AFP KENANGAN MANIS: (Dari kiri) Pemenang pingat perak, Erika Fairweathe­r, dari New Zealand, Haughey dari Hong Kong memenangi pingat emas bersama pemenang pingat gangsa, Brianna Throssell dari Australia bergambar di atas podium semasa sesi penyampaia­n pingat pada Kejohanan Akuatik Dunia 2024 di Aspire Dome di Doha.
 ?? ?? HAUGHEY
HAUGHEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia