Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pemindahan mangsa dilakukan, pemantauan tetap diteruskan biarpun air sudah surut: Bomba

Ketika sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati beberapa kediaman dan penempatan penduduk telah terjejas dan dinaiki air.

- Oleh Kepu Sidi Nicholas Belulin Ketua BBP Bintangor

PAKAN: Seramai 133 penduduk di kawasan Sungai Entabai dekat sini terjejas akibat banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di sungai terbabit, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.29 pagi.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi terbabit yang terletak kira-kira 80 kilomter dari balai.

“Ketika sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati beberapa kediaman

dan penempatan penduduk telah terjejas dan dinaiki air.

“Antara yang terjejas ialah Klinik Kesihatan Nanga Entaih, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Entaih, Rumah Renggan, Taman Gerugu, Rumah Mundie Langi, Rumah James Ngelingkon­g Anding, Rumah Margeretha Bija Dau, Rumah Kandu Mat, Rumah Spencer Garai dan Rumah Saing Sekalai,” kata Nicholas kepada media, semalam.

Selain kediaman katanya, kejadian itu turut menyebabka­n enam kenderaan milik penduduk rosak setelah ditenggela­mi air.

Menurut Nicholas, tiada pemindahan mangsa dilakukan kerana semua penduduk yang terjejas berjaya menyelamat­kan diri dengan bergerak ke kawasan yang lebih tinggi sebelum kediaman mereka dinaiki air.

“Berdasarka­n maklumat awal penduduk, banjir mula berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan pada jam 4 pagi, paras air telah menjangkau ketinggian enam kaki.

“Faktor hujan lebat yang berlaku di bahagian hulu Sungai Entabai dipercayai menyebabka­n banjir berlaku dengan agak pantas.

“Air mula surut setakat jam 2 petang tadi (semalam), namun pemantauan masih diteruskan,” ujar Nicholas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia