Utusan Borneo (Sarawak)

45 rumah terjejas banjir kilat di Kampung Sinar Budi

Dua lelaki warga Indonesia mengaku kendali mesin judi dipenjara lima bulan

-

KUCHING: Sekurangku­rangnya 45 rumah dilaporkan terjejas akibat banjir kilat di Kampung Sinar Budi, Jalan Desa Wira di sini, semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, pemantauan sehingga jam 9.39 pagi mendapati paras air setinggi empat kaki dan semakin menaik.

“Pemantauan semasa di lokasi (Lorong Desa Wira) mendapati air menaik dan jalan raya tidak dapat dilalui.

“Rumah dimasuki air sedalam ketinggian empat kaki dan sebanyak 45 rumah terjejas,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, penduduk rumah yang terjejas telah diarahkan berpindah ke dewan sementara.

Sementara itu, beberapa kawasan di bandar raya ini turut dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang berlarutan sejak awal pagi semalam.

Antara tempat yang terjejas ialah kawasan Batu 9 di Jalan Penrissen yang mana laluan utama dinaiki air setinggi paras kira-kira dua kaki sehingga menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

Terdapat juga beberapa rumah di kawasan perumahan berdekatan telah dimasuki air.

Selain itu, jalan raya di kawasan berdekatan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Padang Merdeka juga dilaporkan terjejas.

Sehingga berita ini ditulis, difahamkan air semakin surut dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara lima bulan terhadap dua lelaki warga Indonesia yang mengaku bersalah mengendali­kan beberapa mesin perjudian.

Tutut, 25, dan Suriyadi, 34, masing-masing membuat mengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 untuk setiap mesin judi dirampas dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengendali­kan beberapa mesin judi iaitu satu unit televisyen, lapan unit cip tambah nilai dan 20 unit mesin slot pada 4 Februari 2024, sekitar jam 12.45 tengah malam di sebuah premis di Jalan Penrissen/Stephen Yong di sini.

Fakta kes mendedahka­n polis yang melakukan Ops Dadu pada hari kejadian membuat pemeriksaa­n ke atas premis tersebut dan menjumpai beberapa barang yang disyaki digunakan untuk menjalanka­n kegiatan perjudian.

Semasa serbuan, polis mendapati terdapat dua lelaki warganegar­a Indonesia yang merupakan penjaga premis, berada di dalam premis tersebut.

Polis seterusnya menangkap kedua-dua tertuduh bersama barang-barang rampasan, antara lainnya adalah wang tunai RM7,590, seunit televisyen, lapan unit papan kekunci, 20 unit mesin slot, lapan unit cip tambah nilai dan dua keping kertas catitan pendapatan harian.

Hasil analisis pakar judi mendapati permainan yang ditawarkan dalam mesin slot tersebut adalah sejenis judi ‘Sun Wukong,’ manakala alat tambah nilai kredit (cip tambah nilai) digunakan untuk menambah mata kredit bagi seseorang pemain.

Selain itu, pakar judi mengesahka­n kesemua animasi permainan judi ‘Sun Wukong yang ditawarkan adalah berbentuk pertaruhan dan disifatkan sebagai perjudian.

Kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan sementara keduadua tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia