Utusan Borneo (Sarawak)

APM tangkap ular sawa batik dalam reban ayam penduduk RPR Sri Aman

-

SRI AMAN: Penghuni sebuah rumah di Lorong II Taman Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) di sini terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa batik yang bersembuny­i di dalam reban ayam miliknya awal pagi semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Kamal Bujang berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.20 pagi itu, pemilik ayam berkenaan yang hanya dikenali sebagai Dayang dipercayai hendak memberi ayamnya makan.

Menurutnya, ketika membuka pintu reban ayam itu, beliau sangat terkejut apabila melihat kelibat seekor ular sawa sedang berada di situ.

“Akibat panik dan risau akan keselamata­n ayam ternakanny­a, beliau bertindak menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman untuk meminta bantuan menangkap ular sawa berkenaan,” ujarnya.

Kata Kamal lagi, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota APM Sri Aman dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu menangkap ular sawa berkenaan.

“Jarak rumah pengadu hanya empat kilometer dari Pusat Kawalan Operasi (PKO) APM Sri Aman.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota kami mendapati ular sawa sepanjang lima kaki itu masih berada di dalam reban ayam berkenaan.

“Anggota kami mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk menangkap ular berkenaan dengan menggunaka­n teknik menyepit,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menasihatk­an orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamany­a dengan haiwan seperti ular yang gemar dengan keadaan yang sejuk tambahan kini negara masih lagi pada fasa Monsun Timur Laut (MTL).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia