Utusan Borneo (Sarawak)

ART: Pemilik tanah Sg Batu terima pampasan lebih RM23j

Semua tanah diambil balik dibayar pampasan berdasarka­n penilaian daripada JTS mengikut nilai semasa: Awang Tengah Saya harap penerima pampasan akan menggunaka­n wang pampasan ini dengan sebaiknya untuk tujuan pendidikan anak-anak.

- Oleh Agnes Tugong Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Pemilik tanah yang terkesan dengan projek Pembanguna­n Pengangkut­an Awam dan Autonomous Rapid Transit (ART) - Depoh Sungai Batu menerima pampasan berjumlah RM23,425,726.90 daripada kerajaan negeri semalam.

Pampasan kepada 70 pemilik tanah yang terlibat disampaika­n oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Auditorium Yayasan Sarawak di sini.

Pampasan tersebut adalah bagi pengambila­n balik tanahtanah berkeluasa­n lebih kurang 113 ekar bagi tujuan pembanguna­n projek tersebut.

Awang Tengah dalam ucapannya berkata, pelaksanaa­n projek ART memerlukan tanah dan tidak semua tanah yang ada milik kerajaan, tetapi juga dimiliki rakyat.

Jadi katanya, kerajaan

perlu ambil balik tanah dengan bayaran pampasan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Semua tanah yang diambil balik akan dibayar pampasan berdasarka­n penilaian daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mengikut nilai semasa.

“Saya harap penerima pampasanak­anmengguna­kanwang pampasan ini dengan sebaiknya untuk tujuan pendidikan anakanak,” katanya.

Sementara itu Penguasa

Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Alfian Bawi berkata Depoh Sungai Batu akan berfungsi sebagai hab sokongan untuk operasi dan penyelengg­araan kenderaan ART dan bas pengantara berkuasa hidrogen.

Depoh ini juga katanya, akan menempatka­n bangunan-bangunan penting yang akan membantu dalam operasi dan penyelengg­araan Sistem Pengangkut­an Bandar Kuching (KUTS).

Lantaranit­ukatanya,sebagai permulaan bagi projek ini, tahun lepas projek pengambila­n balik tanah bagi Depoh ART di Sungai Batu, Santubong telah mula dijalankan.

“Sebanyak 50 lot tanah telah diambil balik bagi merealisas­ikan pelaksanaa­n pembinaan depot di Sungai Batu, Santubong ini di mana 16 lot merupakan tanah berhakmili­k, manakala selebihnya iaitu 34 lot merupakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Hampir kesemua pemilik tanah yang terlibat bersetuju dengan pampasan yang dibayar dan ini membuktika­n bahawa kerajaan tidak menafikan hak rakyat dan sentiasa membayar pampasan setimpal kepada pemilik tanah,” katanya.

Hadir sama Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Datu Abdullah Julaihi.

 ?? ?? KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari ketika menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ketua-Ketua Perwakilan Negara Kesatuan Eropah di Malaysia diketuai TYT Michalis Rokas.
KUNJUNGAN HORMAT: Abang Johari ketika menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ketua-Ketua Perwakilan Negara Kesatuan Eropah di Malaysia diketuai TYT Michalis Rokas.
 ?? ?? GEMBIRA: Penerima cek pampasan tanah merakamkan gambar bersama Awang Tengah serta tetamu kenamaan yang lain.
GEMBIRA: Penerima cek pampasan tanah merakamkan gambar bersama Awang Tengah serta tetamu kenamaan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia