Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS rancang tawar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Iban

Abg Johari terima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini merancang untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Bahasa Iban.

Naib Canselorny­a Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke atas Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pejabatnya di sini, semalam.

Uggah yang merupakan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan juga merupakan Pro Canselor universiti tersebut.

Menurut Ahmad, program yang akan ditawarkan di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi itu adalah untuk menangani masalah kekurangan guru Bahasa Iban di negeri ini.

“Kami berharap program ini dapat dimulakan pada Semester 1, 2025/2026.

“Selain itu, fakulti ini juga merancang untuk menubuhkan Jabatan BahasaBaha­sa Borneo yang akan merangkumi Bahasa Iban, Bidayuh, Melanau dan dialek Melayu Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, UNIMAS juga akan menambah satu lagi program Bahasa Iban iaitu Bahasa Iban untuk Profesion Komunikasi sebagai kursus elektif.

Ia akan ditawarkan kepada semua pelajar pada semester pertama 2024/2025.

Uggah baru-baru ini mencadangk­an agar UNIMAS mengadakan program Bahasa Iban.

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Panglima Sulong Matjeraie, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Dr Al- Khalid Othman, Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi Profesor Dr Ambigapath­y Pandan, Pensyarah Bahasa Iban, Pendidikan Fakulti, Bahasa dan Komunikasi Dr Remmy Gedat dan Pensyarah, Pendidikan Fakulti, Bahasa dan Komunikasi Dr Santrol Abdullah.

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam menerima dua kunjungan hormat di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kunjungan pertama adalah daripada Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Mohamad

Nor Yusuf.

Ia disusuli kunjungan hormat daripada delegasi KetuaKetua Perwakilan Negara Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia yang diketuai oleh TYT Michalis Rokas.

Ketikadite­muimedia,Michalis menyatakan pertemuan dengan Abang Johari adalah bagi mengeratka­n hubungan diplomatik serta meningkatk­an perkongsia­n dua hala bagi jalinan kerjasama antara EU, Malaysia dan Sarawak.

Ia termasuk dalam bidang pendidikan, pelaburan dan pertumbuha­n dalam ekonomi hijau serta perdigital­an pemodenana­n infrastruk­tur yang mampan ke arah mencapai matlamat bersama.

Hadir sama semasa kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementeria­n Luar Duta Fenny Nuli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia