Utusan Borneo (Sarawak)

Budak lelaki berkeliara­n sendiri dapat perhatian JKM: Fatimah

-

KUCHING: Kanak-kanak lelaki yang ditemui berkeliara­n sendirian di sini pada 12 Februari lalu telah mendapat perhatian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak selain akan diagnosis untuk menentukan ketidakupa­yaannya dalam pembelajar­an.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu telah ditemui berkeliara­n sendirian yang kemudian dibawa ke Balai Polis Padungan sebelum dihantar pulang ke pangkuan keluargany­a.

“Kita telah menerima laporan daripada sekolah bahawakana­k-kanakberke­naan mempunyai sedikit masalah dari segi tingkah laku dan ini merupakan simptom bahawa dia masih tidak dapat menumpukan pembelajar­an dalam kelas.

“Untuk kanak-kanak ini, pertama kita akan membuat temu janji agar dia dapat menjalani diagnosis oleh pediatrik kita di OSEIC (Pusat Sehenti Intervensi Awal) serta pemeriksaa­n lain atas izin ibu bapanya nanti.

“Kita mahu memastikan kanak-kanak ini sama ada (mengalami) masalah disleksia atau masalah pembelajar­an lain bagi membolehka­n kita menentukan intervensi sewajarnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Graduasi OSEIC 2023 di sini, semalam.

Fatimah berkata, mengenalpa­sti masalah ketidakupa­yaan kanak-kanak itu amat penting agar dia dapat mendapat intervensi sepatutnya di OSEIC dan seterusnya mendapat pendidikan di arus perdana nanti.

Selain itu katanya, beliau juga telah mengarahka­n JKM untuk melihat dari aspek kebajikan keluarga berkenaan agar bantuan diperlukan dapat disalurkan. “Kita telah meminta JKM membuat lawatan kepada keluarga tersebut supaya kita tahu latar belakang mereka dan lawatan telah dibuat di mana didapati ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan masih ada.

“Saya mengarahka­n JKM untuk melihat dari aspek kebajikan keluarga berkenaan kerana ibunya hanya bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji hanya RM50 sehari dan bapa kanak-kanak bekerja sebagai kelindan lori,” katanya.

Selain itu, kanak-kanak terbabit mempunyai seorang abang berusia 13 tahun dan adik berusia setahun lebih.

Sebelum ini dilaporkan kanak-kanak berkenaan ditemui berkeliara­n kirakira jam 2 petang pada 12 Februari lepas dan telah dibawa ke Balai Polis Padungan.

Pihak JKM Sarawak telah menerima aduan dan siasatan dilakukan untuk rujukan ke Klinik Tanah Puteh dan SK Lumba Kuda (untuk sekolah).

Kanak-kanak itu juga telah dibawa untuk pemeriksaa­n kesihatan dan dimasukkan ke wad pediatrik bagi pemeriksaa­n dan diagnosis lanjut daripada pakar perubatan.

 ?? ?? TERUSKAN USAHA: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada graduan pada Majlis Graduasi OSEIC 2023 di Kuching, semalam.
TERUSKAN USAHA: Fatimah (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada graduan pada Majlis Graduasi OSEIC 2023 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia