Utusan Borneo (Sarawak)

SK Gersik Kek Lapis Fun Run 2024 pada 9 Jun sarat pengisian menarik

-

KUCHING: Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena program Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik Kek Lapis Fun Run 2024 pada 9 Jun depan.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Gersik Rosmaini Jemaan berkata, acara utama ialah ‘fun run’ melibatkan dua kategori terbuka iaitu 3 dan 5 kilometer (km).

Menurutnya, ‘fun run’ itu diadakan bagi menambah dana sekolah’ selain mempromosi kek lapis yang sinonim dengan penempatan di Kampung Gersik.

“Penyertaan telah dibuka pada masa ini dan akan ditutup pada 9 Mei 2024 di mana seramai 500 peserta disasar untuk menyertain­ya.

“Sehingga Disember lalu, kita telah menerima seramai 120 peserta dan kebanyakan yang mendaftar adalah penjawat awam.

“Yuran pendaftara­n dikenakan bermula RM10 hingga RM50 dan dibahagika­n kepada empat pilihan pendaftara­n harga iaitu A (medal, tee dan bib), B (tee dan bib), C (medal dan bib) dan D (bib sahaja),” ujarnya.

Rosmaini berkata demikian pada sidang media di Kopi

O Corner, Jalan Satok di sini semalam.

Jelasnya, harga pendaftara­n awal untuk A ialah RM45, B (RM30), C (RM20) dan D (RM10)manakalaha­rganormal ialahRM50u­ntukA,B(RM45), C (RM25) dan D (15)

Katanya, acara larian bermula di SK Gersik menuju ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Menteri Pembanguna­n Wanita,Keluargada­nMasyaraka­t Dato Sri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi akan menyertai acara terbabit,” ujarnya.

Selain ‘fun run’ katanya, pihaknya turut merancang pelbagai program bagi memeriahka­n lagi suasana acara terbabit.

“Pelbagai program menarik diadakan pada Sabtu (8 Jun) iaitu pameran, pertanding­an dart, cabutan bertuah, pertanding­an enam penjuru bola sepak turut diadakan.

“Untuk jualan kek lapis, kita setakat ini menerima maklum balas dua cawangan kek lapis untuk menyertai acara ini iaitu Mira dan Dayang Salhah,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap agar penduduk setempat dan masyarakat berhampira­n untuk hadir bagi memeriahka­n program yang dianjurkan.

Turut hadir pada sidang media ialah Guru SK Gersik Sarjali Reduan dan Mohamad Jelani Awang Abdul Kadir.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Uggah (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ahmad sambil disaksikan yang lain semasa kunjungan semalam.
TERIMA KASIH: Uggah (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Ahmad sambil disaksikan yang lain semasa kunjungan semalam.
 ?? ?? JOM JAYAKAN: Rosmaini (tengah) bersama Sarjali (kanan) dan Jelani ketika mengadakan sidang media mengenai SK Gersik Kek Lapis Fun Run 2024 di Kopi O Corner, Jalan Satok semalam.
JOM JAYAKAN: Rosmaini (tengah) bersama Sarjali (kanan) dan Jelani ketika mengadakan sidang media mengenai SK Gersik Kek Lapis Fun Run 2024 di Kopi O Corner, Jalan Satok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia