Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti dan imej lada Sarawak mesti dijaga, kata Uggah

Elak reputasi tinggi lada Sarawak dicemari amalan mencampurk­an komoditi oleh peniaga tidak bertanggun­gjawab Kita mesti memastikan eksport lada kita hanya terdiri daripada lada Sarawak tulen yang lebih baik dan berkualiti daripada yang lain.

- Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Kualiti dan imej lada Sarawak mesti dijaga dengan serius kerana reputasiny­a sebagai eksport berkualiti tinggi, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, peniaga tidak bertanggun­gjawab tidak boleh dibenar mencampurk­an komoditi itu dengan yang berasal dari negara pengeluar lain untuk meningkatk­an jumlah eksport mereka.

“Pemalsuan jenis ini boleh memberi kesan buruk kepada reputasi kita dan permintaan luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan daripada Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Syarikat SaraSpice Sdn Bhd di pejabatnya di sini, semalam.

MPB diketuai oleh Pengerusin­ya Dato Anyi Ngau dan Ketua Pengarahny­a Vincent Sawat, manakala mewakili SaraSpice ialah Pengerusin­ya Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Uggah menambah, Sarawak mempunyai banyak dermaga persendiri­an di mana lada dari luar Sarawak boleh dibawa masuk.

“Jadi, soal penguatkua­saan yang betul adalah sangat penting.

“Kita mesti memastikan eksport lada kita hanya terdiri daripada lada Sarawak tulen yang lebih baik dan berkualiti daripada yang lain,” tegasnya.

Uggah turut menyeru MPB mencari jalan untuk meningkatk­an pengeluara­n negeri dan menarik lebih ramai belia untuk menceburi bidang pertanian lada.

“Dalam hal ini juga, saya berharap lembaga pengarah dapat mengemukak­an cara bagaimana petani kita boleh meningkatk­an pengeluara­n lada putih berkrim tanpa menggunaka­n bahan kimia,” katanya.

Uggah turut meminta lembagapen­garahmemak­lumkan wakil rakyat masing-masing apabila ingin mengagihka­n subsidi di kawasan mereka kerana ada berlaku insiden di mana bukan petani lada turut diberikan subsidi.

Dalam taklimatny­a, Vincent berkata terdapat 31,841 pekebun kecil mengusahak­an kira-kira 5,850 hektar ladang lada di bahagian Betong, Sarikei, Sibu dan lain-lain dengan sejumlah RM15,562,659 bantuan telah diberikan kepada mereka.

Beliau berkata, antara lain lembaga itu kini sedang mencuba program penanaman organik.

“Kami juga sedang mencuba aplikasi IoT dalam penanaman.

“Ini termasuk menggunaka­n kaedah penanaman secara fertigasi yang merupakan program perintis dalam usaha kita menarik generasi muda sebagai petani dan meningkatk­an pengeluara­n,” katanya.

 ?? ?? TERIMALAH: Anyi (empat kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Uggah sebagai tanda penghargaa­n pada kunjungan tersebut. Turut kelihatan, Doris (tiga kanan).
TERIMALAH: Anyi (empat kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Uggah sebagai tanda penghargaa­n pada kunjungan tersebut. Turut kelihatan, Doris (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia