Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan MADANI komited pastikan keseimbang­an sosioekono­mi rakyat

-

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan MADANI komited memastikan keseimbang­an sosioekono­mi dengan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkaitan literasi digital dan kemahiran keusahawan­an dalam talian tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan yakin inisiatif antaranya menerusi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mampu menjana pendapatan komuniti terutama di luar bandar dan akan dapat menoktahka­n kemiskinan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata PEDi, yang pada mulanya menawarkan akses Internet secara kolektif di kawasan luar bandar terutama bagi golongan kurang berkemampu­an, kini telah berevolusi sebagai pusat sehenti yang mampu meningkatk­an taraf sosioekono­mi rakyat.

“Setiap PEDi dilengkapi capaian Internet serta menawarkan latihan teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawan­an digital serta e-pembelajar­an bagi manfaat komuniti setempat khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana, golongan belia dan pelajar,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Karnival Pengukuhan Kesalinghu­bungan dan Pembanguna­n Usahawan Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Politeknik Seberang Perai di sini semalam.

Beliau mengajak golongan belia untuk turut meneroka peluang lain yang tersedia meskipun ramai dalam kalangan anak muda berharap memperoleh pekerjaan berdasarka­n bidang pengajian masing-masing.

“Apabila bercakap tentang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), penekanan utama ialah untuk menghasilk­an tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu melalui penguasaan kemahiran teknikal yang bersifat amali atau praktikal.

“Antara penguasaan bidang kemahiran TVET ialah pemasangan dan penyelengg­araan elektrik, perkhidmat­an servis diagnostik kenderaan ringan, penyediaan dan pembuatan makanan serta rekaan grafik,” katanya.

Justeru, Fahmi berkata pelajar TVET sebenarnya cukup bertuah kerana menguasai kemahiran teknikal yang bukan sahaja mampu diolah menjadi perniagaan dalam bentuk perkhidmat­an dan produk malah ia akan membolehka­n golongan belia sendiri menjadi majikan.

Beliau berkata melalui pelbagai latihan keusahawan­an yang komprehens­if dan galakan untuk golongan belia menceburi bidang keusahawan­an khususnya perniagaan dalam talian, mereka berpeluang menjalanka­n operasi perniagaan dalam komuniti masing-masing tanpa perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Fahmi juga berkata liputan 4G di kawasan berpendudu­k di Pulau Pinang telah mencapai 99.88 peratus manakala peratusan liputan 5G mencatatka­n 90.3 peratus. — Bernama

MIRI: Pusat Dialisis Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Permyjaya masih memerlukan 26 mesin hemodialis­is bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting berkata, pusat itu kini mempunyai 38 mesin hemodialis­is, namun hanya 12 mesin sudah digunakan manakala bakinya masih belum diluluskan penggunaan­nya.

“Keperluan tambahan mesin itu sangat mendesak berikutan trend peningkata­n pesakit buah pinggang di Miri semakin membimbang­kan.

“Oleh itu, saya sarankan agar kesedaran mengenai kesihatan perlu dipergiatk­an dari peringkat sekolah lagi dan juga terhadap masyarakat,” ujarnya pada Program Khidmat Sosial (CSR)

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di pusat tersebut kelmarin.

Selain itu, Ting berkesempa­tan menyantuni 14 pesakit berbangsa Cina sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan menghulurk­an sumbangan wang tunai dan buah limau, sambil memberikan katakata semangat kepada para pesakit serta 21 kakitangan yang hadir pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Khas UKAS Datu Takun Sunggah yang mewakili Pengarah UKAS Samuel Simon berkata, unit berkenaan sentiasa menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

“Penganjura­n CSR dengan kerjasama Pusat Dialisis PBSM Permyjaya bukan sahaja memainkan peranan dalam membantu individu dan keluarga yang memerlukan bantuan, malah menjadi wadah menghubung­kan kerajaan dengan rakyat dalam menyampaik­an dasar serta inisiatif kerajaan.

“Difahamkan, program CSR UKAS ini juga julung kali diadakan di luar bahagian Kuching,” ujarnya.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat Pusat Dialisis PBSM Permyjaya Tan Lay Yen, pegawai-pegawai kanan UKAS, Presiden Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Andy Jong dan Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Chai Choon Chin.

 ?? — Gambar UKAS ?? SANTUNI: Ting (tengah) menyantuni salah seorang pesakit yang mendapatka­n rawatan dialisis di Pusat Dialisis PBSM Permyjaya.
— Gambar UKAS SANTUNI: Ting (tengah) menyantuni salah seorang pesakit yang mendapatka­n rawatan dialisis di Pusat Dialisis PBSM Permyjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia