Utusan Borneo (Sarawak)

Gereja Saint Lawrence anjur sesi dialog dan majlis persaraan Revd Father Jackson Jarau

-

SRI AMAN: Parochial Church Committee (PCC), Gereja Saint Lawrence, Sabu dengan kerjasama Anglican Women Fellowship (AWF) dan Anglican Youth Fellowship (AYF) gereja berkenaan mengadakan dua program di sini, kelmarin.

Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat Gereja Saint Lawrence itu ialah Program Ngopi Sambil Berdialog dan Majlis Meraikan Persaraan Archdeacon Revd Father Jackson Jarau yang genap berumur 65 tahun.

Sesi dialog bersama jawatankua­sa gereja serta chapel dan wakil dari chapel di bawah Gereja Saint Lawrence serta majlis persaraan itu telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

Tujuan utama dialog tersebut adalah untuk menyampaik­an hasrat jawatankua­sa gereja dan chapel dalam merancang aktiviti termasuk penubuhan jawatankua­sa khas untuk pembinaan bangunan gereja baharu bagi menggantik­an yang sedia ada dan memulihara sejarah penubuhan gereja sejak 160 tahun lalu.

Pada dialog tersebut, Revd Father Jecksion Tay selaku Vicar Gereja Saint Lawrence turut menyentuh tentang kekurangan gereja dan prasarana di chapel di bawah gereja terbabit.

Antaranya Chapel Saint John, Paku; Chapel Saint Peter, Batu Lintang; Chapel Saint Gabriel, Menalang; Chapel Saint Margareth, Bayai dan Chapel Saint Mathew, Tanjong, Batang Ai.

Sehubungan itu, bagi mencapai penyelesai­an kepada isuisu yang dibangkitk­an, Harden menyeru pihak pengurusan dan jawatankua­sa gereja agar bekerjasam­a dengan beliau kerajan peruntukan datangnya daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketika berucap ringkas pada majlis itu, Harden turut menekankan kepada setiap pengurusan gereja dan chapel agar mengamalka­n tatakelola yang telus dan akauntabil­iti agar setiap aktiviti yang dijalankan menggunaka­n saluran yang betul dan tidak membelakan­gkan vicar yang dilantik oleh bishop.

“Saya amat mengambil berat perjalanan sesebuah jawatankua­sa yang menerima projek atau peruntukan MRP (projek kecil luar bandar) untuk melaporkan aktiviti dan memasukkan­nya ke dalam minit apabila mesyuarat diadakan.

“Ini kerana penerimaan sumber kewangan daripada kerajaan tertakluk kepada pemeriksaa­n audit,” jelasnya.

Pada sesi dialog itu, Harden telah meluluskan peruntukan geran MRP kepada Jawatankua­sa Perkuburan Gereja Saint Lawrence berjumlah RM10,000 serta masingmasi­ng RM5,000 kepada AWF dan AYF.

Manakala peruntukan untuk PCC Gereja Saint Lawrence diluluskan MRP bagi tahun 2024 berjumlah RM20,000.

“Peruntukan tersebut adalah daripada kerajaan negeri Sarawak melalui wakil rakyat kawasan,” tambah Harden lagi.

Pada majlis meraikan persaraan Revd Father Jackson pula, Harden menyeru anak muda agar bertindak sebagai pelapis dengan menceburka­n diri dalam perkhidmat­an melayani umat Kristian sebagai paderi.

 ?? ?? SESI DIALOG: Revd Father Jecksion Tay (kanan) memberi penerangan berhubung pembanguna­n Gereja Saint Lawrence, Sabu Sri Aman sambil diperhatik­an oleh Harden (kiri) dan Revd Father Jackson.
SESI DIALOG: Revd Father Jecksion Tay (kanan) memberi penerangan berhubung pembanguna­n Gereja Saint Lawrence, Sabu Sri Aman sambil diperhatik­an oleh Harden (kiri) dan Revd Father Jackson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia