Utusan Borneo (Sarawak)

Ikuti pendidikan Australia bertaraf dunia pada kos rendah di Swinburne Sarawak

-

KUCHING: Pelajar yang ingin mengikuti pendidikan Australia bertaraf dunia pada kos rendah digalakkan untuk memohon Universiti Teknologi Swinburne Sarawak (Swinburne Sarawak).

Pengambila­n akan datang bermula pada 26 Februari untuk program asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana.

Swinburne Sarawak adalah satu-satunya kampus cawangan antarabang­sa Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne, Australia yang lengkap.

Program yang ditawarkan tiada bezanya daripada kampus Melbourne dalam pelbagai bidang pengajian, termasuk perniagaan, pengkomput­eran, reka bentuk, kejurutera­an, ukur kuantiti, sains, seni, media dan pendidikan.

Pada tahun lalu, universiti itu turut memperkena­lkan empat program baharu iaitu Diploma Reka Bentuk Media Digital, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Diploma Ukur Bahan.

Pelbagai biasiswa, dermasiswa dan pilihan bantuan kewangan juga disediakan untuk pelajar mencari sokongan untuk keperluan kewangan.

Ini termasuk biasiswa merit dalaman dan dermasiswa yang ditawarkan oleh universiti dari peringkat asasi hingga pengajian lepasan ijazah, sebagai tambahan kepada yang ditawarkan oleh pembekal luar seperti Yayasan Sarawak.

Antara pilihan tersebut ialah Skim Dermasiswa BP40 Yayasan Sarawak, satu skim dermasiswa untuk pelajar Bumiputera Sarawak yang layak yang membolehka­n mereka mendaftar program pilihan mereka di peringkat asasi, diploma atau ijazah dengan yuran tuisyen bersubsidi.

Bagi pelajar di bawah skim BP40, jumlah yuran pengajian di Swinburne Sarawak sepanjang tempoh pengajian mereka adalah berpatutan seperti yuran pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia.

Swinburne Sarawak mempunyai perkongsia­n dan kerjasama industri yang kukuh, dan program sarjana muda direka untuk memastikan bahawa pelajar mempunyai peluang untuk mengalami amalan industri ‘hands-on’ yang berharga.

Selain pengajian, pelajar digalakkan menyertain­ya kelab, persatuan dan acara di kampus untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada pengalaman pelajar yang mantap di universiti.

Pelajar yang berminat untuk mendaftar di Swinburne Sarawak boleh berbuat demikian di https://www. swinburne.edu.my/onlineappl­ication-form/.

Mereka yang ingin berhubung dengan salah satu kaunselor pendidikan Swinburne Sarawak untuk maklumat lanjut atau kaunseling bolehmengh­antare-melkepadas­tudy@swinburne.edu.my, hubungi +6082-415353 atau WhatsApp +6019-8196353.

Pelajar juga boleh membuat temu janji pada hari pilihan dan pada masa yang sesuai untuk mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia