Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Setiausaha Agung MAS terhadap Pandelela tidak wajar: Abun

-

KUCHING: Kenyataan Setiausaha Agung Persekutua­n Renang Malaysia (MAS) Andy Low terhadap ratu terjun negara Dato Pandelela Rinong adalah tidak wajar.

Senator Abun Sui Anyit berkata,Lowtidakse­harusnya memberi maklum balas yang seolah-olah menghina penerjun negara itu.

“Kalau beliau (Pandelela) sekalipun tidak dibenarkan memberi alasan, tidak perlu memperdeba­tkan kegagalan beliau secara terbuka sebelum siasatan berkenaan alasan diberikan selesai.

“Tidak perlu menyindir ‘loncat’ sampai 60 tahun? Dan ambil gaji sahaja. Kenyataan sebegini seharusnya tidak perlu,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Sebaliknya kata Abun, pertimbang­kan kejayaan Pandelela yang memenangi acara besar untuk negara selama ini dan harus diingat bahawa acara berprestas­i tinggi sememangny­a ada pasang surutnya.

“Apabila menang dijulang, apabila kalah atau tidak layak dihentam seolah-olah tidak menghirau kejayaan selama ini. Justeru, selesaikan­lah isu ini secara dalaman tanpa menuding jari kepada manamana pihak di media terbuka lagi,” kata Abun.

Pandelela sebelum ini dilaporkan mendakwa ada ‘entiti’ yang mengganggu kem terjun Malaysia sekali gus menjadi punca terhadap prestasi hambar mereka di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini.

LAWAS: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas meningkatk­an rondaan bagi menangani sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang musim cuti perayaan dan cuti sekolah ini.

Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim berkata, rondaan dijalankan di kawasan dikenal pasti sebagai langkah kesiapsiag­aan BBP Lawas dalam apa juga musibah dan insiden tidak diingini.

“Hasil rondaan tiada menemui sebarang insiden

Dalam kenyataan balasnya, Low dilaporkan berkata, penerjun negara itu hanya memberi alasan bagi menutup kegagalan di Doha kerana pihaknya tidak pernah dimaklumka­n mengenai masalah yang dihadapi atlet sebelum kejohanan berlangsun­g. atau kejadian tidak diingini berlaku. Keadaan dilaporkan baik dan terkawal,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau juga menasihati masyarakat setempat agar sentiasa berhati-hati jika melakukan aktiviti riadah sama ada di pantai, kawasan perkelahan, air terjun dan sebagainya.

“Sentiasa peka dengan bahaya-bahaya wujud di kawasan sekeliling dan mengutamak­an aspek keselamata­n masing-masing,” jelasnya.

 ?? ?? KONG
KONG
 ?? ?? ABUN
ABUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia