Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan besar perlu ganti paip lama Berawan-Tedungan

Paip sedia ada sudah lama, rosak dan mudah bocor, kata Nelson Paip yang ada sekarang ini sudah lama dan bocor, itu sebabnya kita memerlukan peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutua­n dan negeri kerana kerja menukar saluran paip baharu memerlukan ko

- Oleh Mastura Ismail Datuk Nelson Balang Rining Pengerusi Lembaga Pengarah LAKU

LIMBANG: LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) memerlukan peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri untuk menggantik­an saluran paip lama di sepanjang Loji Rawatan Air Berawan hingga Tedungan.

Pengerusi Lembaga Pengarah LAKU Datuk Nelson Balang Rining berkata, saluran paip sedia ada sudah lama, rosak dan mudah bocor selain tidak dapat menampung kapasiti air bersih yang dibekalkan.

Jelasnya, peruntukan kewangan itu akan dikemukaka­n melalui pemimpin tempatan di Limbang untuk dipanjangk­an kepada kerajaan negeri bagi memasang saluran paip baharu.

“Paip yang ada sekarang ini sudah lama dan bocor, itu sebabnya kita memerlukan peruntukan kewangan daripada kerajaan persekutua­ndannegeri­kerana kerja menukar saluran paip baharu memerlukan kos yang tinggi,” katanya kepada media selepas Program Penyerahan Bantuan Air Minuman oleh LAKU Management Sdn Bhd Pejabat Kawasan Limbang di Masjid Kampung Telahak di sini, semalam.

HadirsamaK­etuaKampun­g Telahak Sahdan Mohidin.

Nelson berkata lagi, LAKU bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) secara konsisten menyediaka­n perkhidmat­an lori tangki air dan air minuman botol sebagai sebahagian daripada usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR)nya.

Bagi tujuan itu katanya, sejumlah 56,000 liter air terawat dan 466 kotak air minuman botol telah

diedarkan kepada penduduk kawasan yang terjejas.

Jelasnya, lori tangki air juga telah dihantar ke kampungkam­pung yang terjejas dan pusat pengambila­n air sementara telah disiapkan di kawasan Rumah Kedai Tedungan untuk penduduk yang memerlukan bekalan air dengan segera.

Beliau juga memberitah­u kerja-kerja baik pulih kebocoran saluran paip di beberapa kawasan dikenal pasti sudah dilakukan.

Pada masa sama katanya, usaha pemulihan bekalan dan tekanan air di kawasan terjejas sedang giat dilaksanak­an.

Kampung-kampung yang terjejas ialah Tedungan, Kampung Mengatai, Ulak, Belading, Anak Bukit, Kuala Awang, Binjai, Ipai, Merasam Bumbun, Meritam, Lubok Sigantang/Aur, Telahak dan Kampung Lubok Piasau.

KUCHING: Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak yang baharu Michael Kong Feng Nian mengadakan sesi perjumpaan sulung beliau bersama pengarah dan pegawai kanan LPKP Sarawak di sini, semalam.

Sesi perjumpaan berkenaan diadakan di ibu pejabat LPKP Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Kong yang merupakan seorang pengamal undangunda­ng di sebuah syarikat guaman di Kuching telah dilantik sebagai Pengerusi LPKP Sarawak selama tiga tahun berkuat kuasa mulai 10 Januari 2024.

Pada sesi perjumpaan tersebut, beliau telah diberi taklimat mengenai dasar dan hala tuju LPKP Sarawak yang disampaika­n oleh Pengarahny­a Cornelia Wong Chui.

Hadir sama pada sesi perjumpaan tersebut ialah Timbalan Pengarah LPKP Sarawak Razami Mohamad Jamali, Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Pelesenan) Rosidah Mohtar, Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Perancanga­n Strategik) Abang Zulkarnain Abang Ibrahim, Pegawai UndangUnda­ng Jacqueline Charlie serta pegawai-pegawai LPKP Sarawak.

 ?? ?? BANTUAN: Nelson (depan kiri) menyerahka­n bantuan air minuman botol kepada Sahdan pada Program Penyerahan Bantuan Air Minuman oleh LAKU Management Sdn Bhd di Masjid Kampung Telahak, Limbang semalam.
BANTUAN: Nelson (depan kiri) menyerahka­n bantuan air minuman botol kepada Sahdan pada Program Penyerahan Bantuan Air Minuman oleh LAKU Management Sdn Bhd di Masjid Kampung Telahak, Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia