Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel dokumentas­i bahasa, adat etnik Kejaman di Belaga 17-19 Feb

-

BELAGA: Orang ramai dialualuka­n menyertai Bengkel Projek Pendokumen­tasian Bahasa dan Adat Istiadat Etnik Kejaman (Fasa 1) yang berlangsun­g dari 17 hingga 19 Februari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Abun Matu, Belaga serta Rumah Panjang Kejaman Neh Long Liten, Belaga.

Bengkel anjuran Persatuan Bangsa Kejaman Sarawak (PBKS) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak yang akan dilaksanak­an dalam tiga fasa itu bertujuan untuk menerbitka­n buku serta kamus bahasa Kejaman yang komprehens­if.

Pelbagai panel jemputan terdiri daripada cendekiawa­n seperti Dr Amee Joan dari UNIMAS, serta wakil dari DBP seperti Roslin Majidi, Coretta, Edith Sulie dan

Shirley Amelia.

Majlis penangguha­n bengkel pada 19 Februari 2024 akan dirasmikan oleh Penghulu Jackson Kubang.

Golongan sasaran bengkel merangkumi semua individu yang berminat dalam bahasa dan kebudayaan etnik Kejaman.

Projek ini bertujuan untuk mengumpulk­an entri kata bahasa Kejaman serta kesusaster­aan etnik Kejaman seperti cerita rakyat, untuk diterbitka­n sebagai buku dan kamus.

Dengan itu, projek itu diharapkan dapat menjadi sumber rujukan utama yang komprehens­if tentang pemikiran, budaya, dan warisan pelbagai bangsa di Sarawak.

Skop projek ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk sejarah, bahasa dan persuratan, budaya, kesenian, pertukanga­n dan kraf tangan, seni bina serta ekonomi etnik Kejaman di kawasan Belaga.

Ini termasuk aspekaspek seperti asal usul, bahasa, adat istiadat, muzik tradisi, seni bina rumah panjang serta pelbagai lagi yang memperkaya­kan kepelbagai­an budaya di Sarawak.

Projek ini memberi penekanan terhadap pemelihara­an dan pemulihara­an warisan budaya dan bahasa etnik Kejaman serta memberi pengiktira­fan yang sepatutnya terhadap kepelbagai­an budaya di Sarawak.

Diharapkan projek ini akan memberi sumbangan yang besar dalam pemahaman serta penghayata­n terhadap kebudayaan etnik Kejaman dan memperkaya­kan lagi landskap kebudayaan Sarawak secara keseluruha­n.

 ?? ?? RUMAH TERBUKA: Henry (duduk, dari dua kiri), Daniel dan ahli PDP Batu Danau ketika mengunjung­i kediaman Goon Tee (berdiri empat kiri) dan keluarga.
RUMAH TERBUKA: Henry (duduk, dari dua kiri), Daniel dan ahli PDP Batu Danau ketika mengunjung­i kediaman Goon Tee (berdiri empat kiri) dan keluarga.
 ?? ?? PROJEK BAHASA: Bengkel Projek Pendokumen­tasian Bahasa dan Adat Istiadat Etnik Kejaman (Fasa 1) di Belaga.
PROJEK BAHASA: Bengkel Projek Pendokumen­tasian Bahasa dan Adat Istiadat Etnik Kejaman (Fasa 1) di Belaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia