Utusan Borneo (Sarawak)

Acara diadakan bagi memperinga­ti warisan asal tekstil keringkam

Saya menggabung­kan minat yang mendalam terhadap muzik dengan rasa cinta untuk fesyen dan tekstil tradisiona­l.

- Arabyrd Artis, penulis lagu dan penghibur berbilang bakat

KUCHING: Rekaan Kaftan Keringkam Eksklusif untuk Perayaan Raya 2024 bakal dipertonto­nkan pada 21 Februari ini di Muzium The Ranee di sini.

Menurut penganjur bersama yang juga personalit­i muzik terkenal Sarawak, Arabyrd dan Na Forrer, label fesyen Brunei, acara itu diadakan bagi memperinga­ti warisan asal tekstil keringkam.

“Komitmenny­a untuk menggunaka­n reka bentuk kontempora­ri bercampur dengan tekstil tradisiona­l Brunei, iaitu usaha sulung kami bagi memperagak­an pakaian sempena Hari Raya nanti,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Arabyrd, yang juga merupakan artis, penulis lagu dan penghibur berbilang bakat, bakal menerapkan perspektif kreatifnya yang unik dalam kerjasama tersebut.

Majlis dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Saya menggabung­kan minat yang mendalam terhadap muzik dengan rasa cinta untuk fesyen dan tekstil tradisiona­l.

“Farhanna Pura, pereka berwawasan di sebalik Na Forrer, telah lama memperjuan­gkan penyerapan tradisi Melayu tradisiona­l menerusi tenunan brokat yang juga dikenali sebagai songket,” tambah Arabyrd.

Kerjasama tersebut katanya, lahir selepas mereka dipertemuk­an secara kebetulan menerusi satu wawancara untuk The Cloth Story, siri travelog TV.

Acara fesyen tersebut bakal menjanjika­n penggabung­an budaya dan kreativiti, dengan Jewellery by Kin menaja aksesori yang digayakan di atas pentas peragaan.

Pertunjuka­n fesyen bertemakan ‘Irama’ itu akan memperagak­an pakaian Hari Raya ala mini resort sebanyak tujuh helai dengan motif Keringkam yang dicetak secara digital.

Selain itu, batik dengan lukisan tangan yang diperbuat daripada satin sutera dan krep turut dipertonto­nkan.

“Koleksi itu merangkumi irama dan melodi perayaan Hari Raya, dengan kaftan dan pakaian yang mudah dipakai menjadi tumpuan utama,” jelasnya.

Sorotan daripaada kerjasama itu ialah pendekatan inovatif untuk reka bentuk, di mana motif sulaman artisanal keringkam dicetak secara digital pada karya pereka yang direka dengan teliti.

Teknik itu bukan sahaja mengekalka­n warisan budaya, tetapi juga menjadikan reka bentuk indah yang boleh diakses dengan lebih luas oleh penonton.

Utuk maklumat lanjut, sila layari www.naforrer.com atau ikuti Na Forrer dan Arabyrd di Instagram (@ naforrer, @iamarabyrd).

Untuk pertanyaan, hubungi designer@naforrer.com.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Dr Anwar (tiga kanan) menyampaik­an anugerah penghargaa­n kepada Sudirman yang mewakili UPMKB.
PENGHARGAA­N: Dr Anwar (tiga kanan) menyampaik­an anugerah penghargaa­n kepada Sudirman yang mewakili UPMKB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia