Utusan Borneo (Sarawak)

Calon SPM boleh buat ulang kaji di perpustaka­an Curtin

-

MIRI: Perpustaka­an di Universiti Curtin Malaysia (Curtin) kini sedang membuka akses perkhidmat­annya dari 5 Februari hingga 7 Mac khas untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Miri.

Dengan menawarkan persekitar­an pembelajar­an yang kondusif dengan perkhidmat­an dan sumber perpustaka­an terkini, pelajar SPM boleh membuat persiapan mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaa­n yang akan datang di perpustaka­an universiti antarabang­sa itu.

Pembukaan akses perkhidmat­an perpustaka­an kepada pelajar SPM di Miri adalah inisiatif kedua selepas kejayaan program serupa tahun lepas.

Pada tahun lalu, seramai lebih 150 pelajar terutamany­a dari Senadin, Lutong, Pujut, Merbau, Taman Tunku,

Permyjaya dan kawasan berhampira­n telah menggunaka­n kemudahan perpustaka­an untuk melakukan aktiviti ulang kaji pelajaran.

Ini adalah inisiatif oleh Jabatan Perpustaka­an dan Pembelajar­an Bersama dan Pengambila­n Pelajar Tempatan Curtin Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif penglibata­n komuniti berterusan universiti.

Perpustaka­an itu boleh digunakan oleh pelajar dari jam 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat, manakala dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada Sabtu dan Ahad.

Kakitangan perpustaka­an sentiasa bersedia membantu sekiranya para pelajar memerlukan sebarang bantuan dengan penggunaan kemudahan tersebut.

Perpustaka­an bertingkat di Curtin Malaysia adalah moden, luas dan dilengkapi dengan teknologi terkini, termasuk Internet kelajuan tinggi, selain koleksi buku bercetak dan elektronik, jurnal dan majalah yang luas.

Ia mempunyai pelbagai ruang pembelajar­an untuk bagi pelajar yang mahu belajar secara individu atau berkumpula­n.

Perpustaka­an universiti juga menawarkan perkhidmat­an lain seperti makmal komputer, bilik audio-visual dan ruang belajar senyap, serta perkhidmat­an pencetakan, pengimbasa­n dan fotokopi.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubung­i Nita Bohari dari Jabatan Pengambila­n Pelajar Tempatan Curtin Malaysia melalui emel di nitabohari@curtin. edu.my atau WhatsApp (019-8577320) atau boleh menghubung­i perpustaka­an Curtin di 085-630037 atau 630038.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia