Utusan Borneo (Sarawak)

KVS bertekad terus komited lahir pelajar berkualiti tinggi

Program tertentu dilaksana untuk memastikan pelajar mencapai potensi kecemerlan­gan dalam pembelajar­an: Pengarah Pada masa yang sama, kolej ini juga telah menetapkan sasaran untuk memastikan pelajar mendapat keputusan akademik yang meningkat dan cemerlang

- Oleh Watt Zacchaeus Jamali Muhamad Pengarah KVS

SIBU: Kolej Vokasional Sibu (KVS) bertekad untuk meneruskan komitmenny­a dalam membentuk dan melahirkan pelajar berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan.

Pengarahny­a Jamali Muhamad berkata, dengan moto ‘Adab dahulu baru ilmu,’ KVS berazam terus memberi penekanan kepada nilai-nilai moral dalam pendidikan.

“Untuk tujuan tersebut, Program Permata Hati telah dilaksanak­an mulai tahun 2023 di kolej ini dengan harapan akan melahirkan pelajar cemerlang yang benar-benar berjaya dan berkualiti.

“Padamasaya­ngsama,kolej ini juga telah menetapkan sasaran untuk memastikan pelajar mendapat keputusan akademik yang meningkat dan cemerlang dalam setiap peperiksaa­n agar mudah diterima dalam pasaran kerja.

“Oleh

itu, Program

Permata Bestari dilancarka­n pada 16 Januari lalu dan telahpun dilaksanak­an.

“Program ini menyasarka­n untuk mengekalka­n potensi pelajar yang cemerlang agar terus cemerlang, membantu pelajar pencapaian sederhana untuk meningkatk­an prestasiny­a dan membimbing pelajar yang lemah untuk bermotivas­i menguasai pembelajar­an,” ujarnya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat KVS di sini, semalam.

Jamali berkata, bertepatan dengan semua program yang dijalankan, KVS amat menitikber­atkan perihal masalah disiplin, keciciran pelajar dan ketidakhad­iran pelajar ke kolej.

Justeru, beliau berharap semua pihak khasnya para pensyarah, ibu bapa dan pelajar untuk turut mengambil berat akan senario ini dan berusaha membantera­snya hingga ke akar umbi.

“Masalah ini tidak akan berlaku jika pelajar berusaha menjadi individu yang berdisipli­n, berakhlak terpuji dan menyedari bahawa belajar itu penting demi menggapai masa depan yang cerah,” tegasnya.

Beliau juga berharap majlis tersebut dapat menjadi wahana untuk mengekalka­n seni budaya dan warisan bangsa, serta mewujudkan perasaan saling menghormat­i keunikan tradisi masingmasi­ng.

“Perbezaan budaya dan kepelbagai­an kaum, bukanlah menjadi penghalang bagi kita semua untuk terus bersatu padu, menggemble­ng tenaga dalam meningkatk­an prestasi kolej, sebaliknya kita semua perlu berganding bahu untuk mengekalka­n keharmonia­n yang mendukung keseronoka­n bekerja ini, seterusnya mewariskan kepada generasi akan datang satu komuniti yang sejahtera dan muhibah.

“Maka, di bahu pelajarlah selaku pewaris perpaduan ini, untuk memastikan kesejahter­aan ini terus berkesinam­bungan kepada generasi yang berikutnya,” tambahnya.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Jackery Hillary Chukan.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Jackery (tengah) merakamkan kenangan bersama warga KVS pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat KVS, semalam.
RAIKAN BERSAMA: Jackery (tengah) merakamkan kenangan bersama warga KVS pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat KVS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia