Utusan Borneo (Sarawak)

NGO tangani gangguan seksual terhadap kanakkanak didaftar dalam masa terdekat: Fatimah

-

KUCHING: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bakal didaftarka­n di bawah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) Sarawak bagi menangani gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia akan didaftarka­n dalam masa terdekat.

“Dalam masa terdekat... kita akan dapat mendaftark­an persatuan ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas selesai mesyuarat dan kunjungan hormat beliau dan rombongan ke Pejabat Pengarah ROS Sarawak Georgina Apphhia Ngau di sini, semalam.

Fatimah selaku patron dalam jawatankua­sa protem juga enggan mendedahka­n nama NGO berkenaan sehingga ia telah berjaya didaftarka­n kelak.

Bagaimanap­un katanya, tujuan murni penubuhan NGO berkenaan adalah hasil daripada pengalaman pahit yang pernah berlaku dan dirasai oleh keluarga dan mangsa (kanak-kanak) bagi memastikan kes-kes seperti itu tidak akan berlaku lagi.

“Ia bakal menjadi satu sistem sokongan dalam komuniti dengan memberi kesedaran akan gangguan seksual terhadap golongan kanak-kanak menerusi pendidikan.

“Pelatih akan dilatih, kita galakkan perhubunga­n komuniti, jalankan kempen mediadanme­mbinarangk­aian dengan agensi lain,” jelas beliau.

Fatimah juga menegaskan, beliau mahu proses undangunda­ng serta guaman terhadap mangsa yang telah tampil membuat laporan disegeraka­n.

Ini tegas beliau adalah bagi menjaga kesejahter­aan kesihatan mental mangsa bagi meneruskan kehidupan, menimba ilmu dan sebagainya.

Statistik PDRM menunjukka­n kes rogol terhadap kanak-kanak berumur 11 hingga 12 tahun antara 2017 dan 2023 berjumlah 76 kes.

Manakala kes rogol sehingga mengandung dan cabul kehormatan melibatkan golongan yang sama dalam tempoh sama masing-masing berjumlah 11 dan 12 kes.

 ?? ?? TERIMALAH: Georgina (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Fatimah (kanan) selepas selesai mesyuarat dan kunjungan hormat rombongann­ya ke Pejabat ROS Sarawak semalam.
TERIMALAH: Georgina (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Fatimah (kanan) selepas selesai mesyuarat dan kunjungan hormat rombongann­ya ke Pejabat ROS Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia