Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM hargai sumbangan kit, peralatan daripada Gereja LDS

-

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan badan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak merakamkan penghargaa­n kepadaTheM­alaysianCh­urch of Jesus Christ of Latterday Saints (Gereja LDS) atas sumbangan defibrilat­or luaran automatik (C2 AED) dan kit latihan pernafasan (CPR) bernilai RM177,000.

Timbalan Pengerusi PBSM Cawangan Kuching Dr Chou Chii Ming berkata, PBSM Kuching telah menetapkan 10 kit latihan CPR dan 15 peralatan C2 AED untuk diedarkan di cawangan PBSM dan NGO tertentu di Sarawak.

“Saya percaya bantuan ini akan memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran meluas dan penggunaan amalan AED dan CPR,” katanya pada majlis di PSMM Cawangan Kuching, Jalan Reservoir di sini, semalam.

Jelasnya, peralatan C2 AED dan kit latihan CPR telah diedarkan ke cawangan PBSM di Kuching, Lundu, Serian, Sri Aman, Sibu, Sarikei, dan Limbang.

Perkhidmat­an Ambulans Amal AMAL Kuching, Perkhidmat­an Ambulans Persatuan Sunflower Caring Society, Persatuan Orang Pekak Sarawak, Persatuan Kanser Kanak-Kanak Sarawak, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti Tapah dan Pusat Jagaan Warga Emas Damai adalah antara NGO tersenarai yang menerima peralatan C2 AED.

Selain itu, demonstras­i tentangpen­ggunaanper­alatan AED C2 yang betul telah dijalankan mengikut edaran kit terbabit.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi PBSM Kuching John Jong, ahli jawatankua­sa PBSM Joseph Teo, bersamasam­a wakil dari Gereja LDS Elder Sandy Hall dan Sister Ardella Hall.

Terdahulu di Malaysia, serangan jantung menjadi sebagai punca utama kematian.

Menurut data Jabatan Perangkaan 2021, 18,515 individu meninggal dunia akibat penyakit arteri koronari, menunjukka­n purata kira-kira 50 rakyat Malaysia kehilangan nyawa setiap hari akibat serangan jantung.

Komited untuk memperkasa­kan individu dalam tindak balas kecemasan, PBSM Cawangan Kuching bersama dengan cawangan PBSM menumpukan usaha untuk menjalanka­n program latihan bertauliah.

Badan terbabit setakat ini berjaya melatih individu berkaitan pertolonga­n cemas asas, CPR dan penggunaan AED selama ini.

Dalam mengendali­kan sesi latihan kesedaran CPR awam tambahnya ia juga bertujuan melengkapk­an ahli komuniti dengan kemahiran menyelamat­kan nyawa, merangkumi­CPR‘hands-on,’ penggunaan AED yang betul dan prosedur pertolonga­n cemas.

Dengan meletakkan AED secara strategik di lokasi utama dan menyediaka­n latihan kesedaran CPR yang mampan, matlamat mereka adalah untuk memupuk komuniti yang lebih selamat dan bersedia.

Sehubungan itu, secara keseluruha­n inisiatif ini bertujuan memperkasa­kan individu agar bertindak balas dengan pantas dan yakin pada saat-saat genting.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus pertolonga­n cemas asas, CPR dan AED, sila hubungi 082-247935 pada waktu pejabat.

Kursus ini boleh dituntut daripada Dana Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) di bawah skim ‘Skim Bantuan Latihan’ (SBL).

 ?? ?? SAMPAIKAN: Elder Hall (tiga kiri) menyerahka­n peralatan AED C2 kepada wakil PBSM Sarikei (empat kiri). Turut kelihatan (dari kiri) Teo, Sister Hall, Dr Chou dan Jong.
SAMPAIKAN: Elder Hall (tiga kiri) menyerahka­n peralatan AED C2 kepada wakil PBSM Sarikei (empat kiri). Turut kelihatan (dari kiri) Teo, Sister Hall, Dr Chou dan Jong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia