Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan meningkat

-

KUALA LUMPUR: Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini masih jauh ketinggala­n berbanding tenaga buruh lelaki walaupun ia menampakka­n trend peningkata­n sejak tahun-tahun kebelakang­an ini.

PresidenTh­eMuslimWor­ld Women’s Summit Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga Jun tahun lepas 56.3 peratus wanita memasuki sektor pekerjaan berbanding 55.5 peratus pada 2020 dan 55.9 peratus tahun lepas.

“Jika dibandingk­an dengan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki yang berada pada kadar 82.9 peratus, wanita masih jauh ketinggala­n. Malah kadar penyertaan tenaga buruh wanita negara juga jauh lebih rendah berbanding dengan negara serantau.

“Laporan Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) 2022, Malaysia berada di tangga ke lapan daripada 10 negara ASEAN, seperti Laos 74.8 peratus, Kemboja 74.0 peratus, Vietnam 69.6 peratus, Singapura (59.4 peratus) dan Thailand (59 peratus),” katanya pada program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, semalam yang turut dihadiri Pengerusi Muslim World Rania Dr Laila Rani Raja Mohamad Abdullah.

Justeru, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata kerajaan telah memperkena­lkan pelbagai inisiatif bagi meningkatk­an penyertaan kaum hawa dalam pekerjaan antaranya melanjutka­n galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja sehingga 31 Disember 2027 dan had pengecuali­an cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak.

“Melihat kepada inisiatif itu, kerajaan menetapkan sasaran penyertaan tenaga kerja wanita dalam pelbagai sektor di negara ini perlu ditingkatk­an kepada 60 peratus menjelang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu sidang kemuncak ‘The Muslim World Women’s Summit 2024’ akan diadakan pada 23 Februari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi menghimpun­kan golongan wanita dari seluruh dunia untuk meneroka potensi baharu dalam memacu kemajuan sosial dan ekonomi.

Bertemakan ‘The Powerful Women Next Generation Vanguard of Feminine Power, sidang kemuncak kali ini akan disertai 57 negara dengan jangkaan pembabitan 15,000 peserta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia