Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa khas perkasa Mahkamah Syariah terbuka terima pandangan

Ia akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya: PM Anwar Bila kita dah capai persetujua­n, kita bawa kepada jemaah menteri, kita persembahk­an kepada Majlis Raja-Raja, bila diperkenan, kita gubal di Parlimen, minta rakan-rakan Melay

- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

BUKITMERTA­JAM:Jawatankua­sa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam, terbuka untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk manamana parti politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata jawatankua­sa itu akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

“Semalam Tun Zaki (Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi) dah bagi taklimat awal, depan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddi­n Idris Shah), dalam mesyuarat saya sudah setuju jawatankua­sa ini bersidang, jumpalah siapapun bagi pandangan, baik dengan semua negeri, semua parti mana pun, bincanglah, ambil sikap terbuka dengan pandangan mereka,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Masjid Jamek Tengah Berapit di sini semalam.

Beliau berkata adalah lebih baik pihak-pihak tertentu yang mengecam dan mencerca kononnya kerajaan tidak mempertaha­nkan Mahkamah Syariah, menyertai perbincang­an yang diadakan jawatankua­sa ini, berbanding terus menjadikan

isu pembatalan beberapa kesalahan Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan baru-baru ini sebagai polemik politik.

“Bila kita dah capai persetujua­n, kita bawa kepada jemaah menteri, kita persembahk­an kepada Majlis Raja

Raja, bila diperkenan, kita gubal di Parlimen, minta rakan-rakan Melayu (Ahli Parlimen beragama Islam) sokong, kita pinda dan kita perbaikila­h mutu Mahkamah Syariah, itu caranya,” katanya.

Perdana Menteri berkata tanggungja­wab memperkasa­kan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui jawatankua­sa ini bukan hanya melibatkan negeri-negeri sahaja, malah di semua peringkat.

“Bagi kita ruang untuk baiki, janganlah kita gaduh tentang isu ini, kata Anwar ini tak peduli, sekular, dan sebagainya,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Disember lepas, Tun Zaki dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankua­sa Khas) yang turut dianggotai 10 individu lain.

Kelmarin, Anwar berkata kerajaan Persekutua­n menyambut baik titah Sultan Sharafuddi­n yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), yang mahu semua pihak menghormat­i keputusan Mahkamah Persekutua­n dan kedudukan Perlembaga­an Persekutua­n sebagai undang-undang utama negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH: Anwar (tengah) melambaika­n tangan kepada jemaah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Tengah Berapit di Bukit Mertajam semalam.
— Gambar Bernama RAMAH: Anwar (tengah) melambaika­n tangan kepada jemaah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Tengah Berapit di Bukit Mertajam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia