Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Kehakiman Syariah Kebangsaan akan dibentuk

-

PUTRAJAYA: Majlis RajaRaja telah memberi perkenan supaya Jawatankua­sa Kehakiman Syariah Kebangsaan dibentuk di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jawatankua­sa itu dibentuk bertujuan untuk melihat dan memantau isu-isu yang berlaku di Mahkamah Syariah sepanjang masa.

Beliau berkata nama-nama ahli jawatankua­sa itu, yang antaranya akan dianggotai ketua hakim syariah negeri, telah dipersemba­h dan menunggu perkenan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang dalam masa terdekat.

“Jawatankua­sa Kehakiman Syariah Kebangsaan ini telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang lalu.

“Pembentuka­n jawatankua­sa ini kekal berbanding Jawatankua­sa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undangunda­ng Islam (Jawatankua­sa Khas), yang itu ad hoc (ia dibentuk atas) titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah,” katanya selepas melancarka­n Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan Surau Bertaraf Lima Bintang Peringkat Wilayah Persekutua­n di sini semalam.

Mengenai Jawatankua­sa Khas yang dipengerus­ikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi, Mohd Na’im berkata ia telah bersidang sebanyak lapan kali antara Disember lepas hingga bulan ini.

“Tuanku Selangor selaku Pengerusi MKI dah beri tempoh setahun untuk mereka sediakan syorsyor.

“Tempoh setahun tu sebab terma rujukan Jawatankua­sa Khas ini ia bukan sahaja merujuk kepada kes Iki Putra Mubarak dan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, tetapi untuk melihat secara luas bagaimana Mahkamah Syariah, institusi kehakiman syariah ini, boleh terus dimartabat, dilindungi dan seterusnya diperkasa,” katanya.

Mohd Na’im dalam pada itu berkata pihaknya mencadangk­an supaya Jabatan Penguatkua­saan Syariah diwujudkan di setiap negeri dalam usaha memperkasa­kan lagi undang-undang syariah.

Beliau berkata buat masa ini Jabatan Agama Islam Negeri hanya mempunyai bahagian penguatkua­saan dan bukan sebagai sebuah jabatan.

“Sebagai contoh di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), dahulu ada bahagian pendakwaan syariah dan sekarang bahagian itu sudah menjadi Jabatan Pendakwaan Syariah, namun bahagian penguatkua­saan masih di bawah JAWI.

“Jadi untuk memastikan supaya bahagian penguatkua­saan ini boleh bertindak secara bebas tanpa dipengaruh­i secara eksekutif untuk melakukan siasatan dan tangkapan, maka ada keperluan untuk menjadikan­nya sebagai sebuah jabatan,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata cadangan itu hanya akan dipertimba­ngkan secara serius selepas negeri-negeri mewujudkan satu jabatan pendakwaan syarie yang berasingan.

“Sekarang ini kebanyakan di negeri-negeri, masih lagi bahagian penguatkua­saannya berada di bawah Jabatan Agama Islam.

“Kami nak pastikan semua negeri-negeri mewujudkan Jabatan Pendakwaan Syarie terlebih dahulu, kemudian kami akan bincang (mewujudkan jabatan penguatkua­saan),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMPEN: Mohd Na’im melancarka­n Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan Surau Bertaraf Lima Bintang di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama KEMPEN: Mohd Na’im melancarka­n Kempen Kebersihan Tandas Masjid dan Surau Bertaraf Lima Bintang di Masjid Mahmoodiah, Presint 18 di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia