Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat NACCOL putuskan harga kawalan beras minggu depan: PM

‘Orang tengah’ diingatkan tidak mengambil keuntungan terlalu tinggi Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangka­n jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan

- Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu harga kawalan beras, akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantauan Pelaksanaa­n Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.

Beliau berkata mesyuarat yang sepatutnya bersidang lebih awal, ditangguhk­an ke minggu depan bagi memasukkan hal yang lebih mendesak seperti harga kawalan beras.

“Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.

“Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangka­n jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka,” katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, di sini semalam.

Anwar turut mengingatk­an ‘orang tengah’, agar tidak mengambil keuntungan yang terlalu tinggi kerana ini akan menyebabka­n harga di pasaran melambung.

Perdana Menteri berkata isu geopolitik yang berlaku di Terusan Suez turut memberi tekanan kepada harga barangan sehingga mempengaru­hi perdaganga­n global.

“Kita faham tindakan Houthi di Yaman, tapi ini juga menyebabka­n kos naik. Laluan ini terhalang disebabkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman Israel dan perang di Gaza.

“Namun kita tidak akan jadikan ini alasan dan kerajaan Malaysia akan mencari jalan sedaya upaya untuk kurangkan beban rakyat melalui inisiatif seperti Jualan Rahmah dan Jualan Termurah MADANI, selain memberi suntikan melalui bantuan-bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan eBelia Rahmah,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri mengadakan tinjauan dan menyantuni peniaga serta pengguna di Jualan Termurah MADANI dan turut melancarka­n jualan beras putih MADANI pada majlis tersebut.

Beras putih MADANI bungkusan 10 kilogram, dijual pada harga RM30 dan lebih 1,000 bungkusan dijual pada program semalam.

Anwar berkata harga jualan itu jauh lebih murah berbanding di pasaran, kerana platform seperti ini mengurangk­an peranan orang tengah, sekali gus harga barangan boleh dikurangka­n jika masalah pemasaran dan keuntungan berlebihan orang tengah boleh diselesaik­an.

“Inflasi kita secara umumnya rendah tapi rakyat masih mengeluh, oleh itu kita mesti cari jalan sedaya upaya untuk mengurangk­an tekanan mereka,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu mengenai kenaikan gaji penjawat awam, Anwar sekali lagi menegaskan kajian itu akan diselesaik­an tahun ini.

“Tahun ini saya dok (tengah) kaji nak naikkan juga gaji penjawat awam, sebab apa sudah 10 tahun hingga 12 tahun tak naik-naik, nak ambik duit daripada mana, naik gaji nak suruh naik.. yang rompak terus rompak.

“Saya minta kawan-kawan faham kenapa saya tak mau tolak ansur, hang maki lah serang lah saya.. saya tak tolak ansur untuk bersihkan negara dari perompak-perompak besar ini,” katanya.

Anwar berkata beliau mempunyai peranan besar untuk membersihk­an negara daripada rasuah dan sekiranya perkara itu berjaya dilaksanak­an, manfaatnya akan dikembalik­an kepada rakyat.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan berkata hasil kajian Sistem Saraan Perkhidmat­an Awam (SSPA) dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JUALAN TERMURAH: Anwar (tiga kiri) memeriksa harga jualan barangan basah pada Program Jualan Termurah MADANI di Lembah Makanan, Bandar Perda, Bukit Mertajam, semalam.
— Gambar Bernama JUALAN TERMURAH: Anwar (tiga kiri) memeriksa harga jualan barangan basah pada Program Jualan Termurah MADANI di Lembah Makanan, Bandar Perda, Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia