Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Kasih@HAWANA sampaikan sumbangan kepada petugas Bernama TV hidap barah otak

-

KLANG: Tabung Kasih@ HAWANA meneruskan peranannya dalam membantu komuniti media termasuk petugas belakang tabir melalui penyampaia­n sumbangan kepada Eksekutif Juruteknik Penyiaran Bernama TV Hakim Mohd Zainudin yang menghidap tumor otak tahap empat.

Sumbangani­tudisampai­kan oleh Ketua Pengarang yang menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita Bernama Arul Rajoo Durar Raj di kediamanny­a di Bandar Bukit Raja, di sini.

Turut hadir, Ketua Bernama TV yang juga juga Sekretaria­t HAWANA Nor Hamzeela Md Hambali.

Hakim, 51, berkata dia disahkan menghidap penyakit tersebut pada Disember tahun lepas setelah sembuh daripada kanser limfoma di bahagian leher, dan kini berhadapan kesukaran untuk berjalan serta terpaksa menggunaka­n kerusi roda.

“Saya berasa terharu dan berbesar hati dengan kedatangan kawan-kawan hari ini untuk menyampaik­an sumbangan dan sangat menghargai­nya serta mengucapka­n terima kasih,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Hakim adalah individu ke36 menerima manfaat Tabung Kasih @HAWANA sejak inisiatif itu diperkenal­kan pada April tahun lepas, yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Inisiatif Kementeria­n Komunikasi itu dilaksanak­an menerusi Bernama bagi menyantuni wartawan dan petugas media masih dalam perkhidmat­an atau telah bersara, yang mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan.

Sementara itu, Nur-ul Afida berkata Bernama selaku urus setia Tabung Kasih @ HAWANA akan meneruskan usaha menyantuni mereka yang terkesan akibat masalah kesihatan dan kehilangan punca pendapatan.

“Kita akan membantu sedaya yang boleh dan saya berharap peruntukan daripada kerajaan ini dapat dimanfaatk­an oleh mereka. Kami juga mendoakan agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan sebaikbaik­nya melalui bantuan ini,” katanya.

Nor Hamzeela berkata susulan daripada kesan penyakit dihadapi, Hakim telah dinasihatk­an oleh doktor untuk mengambil pencen ilat.

“Ini adalah sumbangan yang ke-36 oleh Tabung Kasih @HAWANA dan saya bagi pihak Bernama TV mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an yang diberikan kepada petugas kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia