Utusan Borneo (Sarawak)

Tambang RM5 sehala tren Shuttle Tebrau untuk warganegar­a mulai 1 Ogos

-

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, warganegar­a Malaysia yang menggunaka­n perkhidmat­an tren Shuttle Tebrau bakal menikmati tambang RM5 sehala dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura dan sebaliknya, dengan jualan tiket akan mula dibuka pada 29 Februari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumka­n ketika ini kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5 manakala bagi perjalanan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru adalah SGD5.

“Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatk­an kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang bergantung kepada mod perkhidmat­an kereta api untuk berulang-alik antara JB Sentral dan Woodlands, apabila tidak perlu lagi membayar tambang berharga SGD5 dari Woodlands,” katanya.

Bagi menikmati keistimewa­an itu, KTMB berkata warganegar­a Malaysia perlu mendaftar akaun di aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan membuat pengesahan kad pengenalan terlebih dahulu di kios tiket (TVM) atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.

KTMB juga akan membuka kaunter tambahan di JB Sentral bagi memastikan kelancaran pengesahan kad pengenalan yang dilaksanak­an dari 19 Feb hingga 1

Mac.

Menurut kenyataan itu, pengesahan kad pengenalan adalah sebagai langkah keselamata­n bagi mengelakka­n pihak yang tidak bertanggun­gjawab menyalahgu­nakan tambang warganegar­a.

Pengguna juga dinasihatk­an mendaftar akaun KITS dan mod pembayaran tiket boleh dilakukan melalui KTM Wallet, E-wallet Touch & Go, E-wallet Boost, kad debit serta kad kredit, dan untuk sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh menghubung­i Pusat Panggilan KTM Berhad di 0322671200 atau mendapatka­n maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia