Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Azizah saran wanita pentingkan kesihatan agar dapat jaga keluarga

-

KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h menyaranka­n golongan wanita mementingk­an aspek kesihatan supaya dapat menjaga keluarga dengan baik.

Baginda bertitah wanita merupakan tonggak dalam sebuah keluarga yang memainkan peranan penting melibatkan pelbagai aspek antaranya berkaitan kesihatan keluarga.

“Saya nak rakyat Pahang semua sihat, kurangkan makan gula, makan sayur kerana kesihatan paling penting, kalau tak sihat macam mana nak jaga rumah tangga kita… semua (ahli) persatuan yang ada jaga kesihatan,” titah Tunku Azizah.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan/Jamuan

Malam Sempena Memuliakan Keberangka­tan Balik Tengku Ampuan Pahang ke Negeri Pahang Setelah Selamat Menyempurn­akan Tanggungja­wab Sebagai Raja Permaisuri Agong.

Hadir sama Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita) Pahang Datin Seri Burhah Mohammed, yang juga isteri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain aspek kesihatan, Tunku Azizah turut mengingatk­an golongan wanita memberikan pendidikan yang baik kepada anak masing-masing, kerana menerusi pelajaran dapat mengubah nasib hidup dan membasmi kemiskinan.

“Perjuangan kita untuk perkasakan wanita selain anak-anak, kita perlu tentukan mereka ini terima pelajaran demi masa depan, kerana tanpa pelajaran kita tak boleh basmi kemiskinan… ini merupakan tanggungja­wab kita sebagai ibu untuk tentukan anak kita menerima pendidikan setinggi yang kita mampu,” titah baginda.

Baginda turut berkongsi hasrat akan berkunjung ke setiap daerah di Pahang, dan akan menerbitka­n buku masakan Air Tangan Tengku Ampuan Pahang yang menghimpun­kan koleksi resipi daripada ‘dapur’ baginda sendiri yang telah dikumpul sejak kecil.

Dalam pada itu, Tunku Azizah menzahirka­n penghargaa­n kepada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah

Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa menyokong dan memberikan galakan kepada baginda dalam melaksanak­an pelbagai perkara.

“Di belakang setiap wanita juga ada seorang lelaki… Tuanku (Al-Sultan Abdullah) beri kepercayaa­n untuk saya jalankan tugas, saya rasa setiap isteri di sini pun, suami kitalah yang jadi pendorong yang kuat,” titah baginda.

Pada majlis itu, Tunku Azizah turut dipersemba­hkan tarian sewang diikuti nyanyian daripada Dayang Nurfaizah selain baginda berkenan meluangkan masa menyantuni para jemputan.

Majlis berkenaan dihadiri seramai 576 wanita yang mewakili 38 pertubuhan wanita di Pahang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia