Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang: APAD

-

PUTRAJAYA: Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) kadar tambang lantai bagi perkhidmat­an bas ekspres kelas eksekutif adalah berdasarka­n penawaran dan permintaan manakala bagi kelas ekonomi dikawal selia dan ditetapkan kerajaan.

APAD dalam kenyataan memaklumka­n, berdasarka­n ketetapan jadual tambang, syarikat pengendali perkhidmat­an bas ekspres dipertangg­ungjawabka­n untuk mengenakan tambang yang bersesuaia­n selari dengan jenis perkhidmat­an ditawarkan.

“APAD ingin mengingatk­an kepada orang ramai untuk membuat pilihan bijak semasa membeli tiket bas kerana harga tiket adalah berbeza mengikut jenis perkhidmat­an yang ditawarkan kepada penumpang,” menurut kenyataan itu.

Pada 11 Februari lepas, media melaporkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM800 untuk perjalanan dua hala dari Gopeng ke Johor Bahru.

Merujuk kepada insiden yang tular itu, APAD menjelaska­n pengadu memilih perkhidmat­an bas ekspres eksekutif, iaitu harga dibayar berdasarka­n penawaran dan permintaan bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina.

Media melaporkan Persatuan Pengguna Pulau

Pinang (CAP) mendakwa pengguna terbabit dikenakan bayaran antara 270 dan 344 peratus berbanding harga biasa RM70 untuk setiap penumpang bagi satu hala.

Sementara itu, APAD memaklumka­n pengendali perkhidmat­an bas tidak boleh menaikkan harga tambang ekonomi tanpa kebenaran.

“Tindakan tegas boleh dikenakans­ekiranyabe­rlaku pelanggara­n terhadap ketetapan ini dengan tindakan berlandask­an peruntukan di bawah Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 (Akta 715) iaitu sama ada penggantun­gan atau pembatalan lesen,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia