Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tu��paskan sindiket pelaburan dala�� talian antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaska­n sindiket penipuan pelaburan dalam talian antarabang­sa yang menyasarka­n warga Eropah, hasil penahanan 49 individu termasuk dua warga tempatan, di sebuah premis di Jalan Bukit Bintang di sini, 6 Februari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata warga asing yang ditahan berusia 20 hingga 41 tahun terdiri daripada 11 rakyat Guinea, Algeria (lapan); masing-masing empat dari Togo dan Ukraine.

Turut ditahan masingmasi­ng tiga dari Maghribi dan Mauritius; warga Cameroon (dua), Congo (dua), Ivory Coast (dua) dan Tunisia (dua) serta seorang dari Armenia, Senegal, Haiti, Djibouti, Madagascar dan Chad.

“Siasatan awal mendapati sindiket yang telah pun beroperasi di negara ini sejak enam bulan lepas, dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan Forex menyasarka­n rakyat di Perancis, Ukraine, United Kingdom dan Switzerlan­d.

“Mereka dipercayai menghantar pesanan ringkas secara rawak kepada mangsa melalui aplikasi Telegram selain meletakkan pautan iklan pelaburan dalam talian di laman web Riacapital,” katanya dalam sidang media mingguan JSJK di sini semalam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 47 set komputer, 49 telefon bimbit, enam komputer riba serta dua televisyen dan kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati dua warga Malaysia itu dipercayai berperanan sebagai fasilitato­r atau membantu menggerakk­an sindiket di sini, manakala warga asing yang ditahan pula mempunyai pas lawatan yang telah tamat tempoh selain menyalahgu­nakan pas pelajar.

Bagaimanap­un, Ramli berkata dua warga tempatan itu dibebaskan dengan jaminan selepas reman tamat pada 10 Feb, selain seorang wanita warga asing turut dibebaskan dengan jaminan polis pada 8 Feb kerana mengandung.

Suspek lain direman di bawah Akta Imigresen 1959/63 sehingga 23 dan 24 Februari ini. �� Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia