Utusan Borneo (Sarawak)

Kes Adam Radlan: Seramai 47 saksi pendakwaan akan beri keterangan

-

KUALA LUMPUR: Seramai 47 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraa­n kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, berhubung projek Jana Wibawa yang dijadualka­n bermula 27 Mei ini di Mahkamah Sesyen di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memberitah­u mahkamah, kesemua saksi berkenaan akan memberi keterangan menerusi pernyataan saksi.

“Saya ada bertanya kepada pihak pembelaan sama ada pernyataan saksi itu boleh diserahkan 14 hari sebelum saksi dipanggil memberi keterangan,” katanya semasa sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin semalam.

Peguam Alaistair Brandah Norman yang mewakili Adam Radlan berkata beliau akan mendapatka­n arahan daripada peguam utama kes itu, berhubung penyerahan pernyataan saksi tersebut.

Terdahulu, Farah Yasmin memohon supaya lima pertuduhan rasuah dan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dihadapi Adam Radlan dibicaraka­n bersama, kerana ia melibatkan transaksi sama dan tiada bantahan daripada pihak pembelaan.

Mahkamah yang membenarka­n permohonan itu, kemudianny­a menetapkan sebutan kes pada 27 Mac ini untuk pihak-pihak terlibat memaklumka­n status dokumen berkaitan perbicaraa­n dan penyerahan pernyataan saksi.

Tarikh perbicaraa­n selama 15 hari bermula Mei ini iaitu pada 27 hingga 29 Mei, 10 hingga 12 Jun, 9 hingga 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024, yang telah ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Pada 21 Februari tahun lepas, Adam Radlan didakwa dengan satu pertuduhan meminta suapan wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat, yang merupakan Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastruc­ture & Energy Sdn Bhd.

Dia turut didakwa satu lagi pertuduhan menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah, kerana membantu syarikat itu mendapatka­n surat sama bagi Projek

Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruha­nnya bernilai RM47.8 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Dutamas dan CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 November 2021.

Sementara itu, pada 22 Februari 2023, Adam Radlan didakwa atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4.1 juta daripada Lian Tian Chuan dan Mat Jusoh, sebagai upah bagi tertuduh membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd serta MIE Infrastruc­ture & Energy bagi mendapatka­n dua projek jenis sama (Jana Wibawa).

Pada 28 Februari tahun lepas, dia sekali lagi didakwa iaitu secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian, sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis mendapatka­n projek berkaitan Jana Wibawa.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Adam Radlan turut berdepan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM3 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. �� Bernama

 ?? — Ga��bar Berna��a ?? HADIR: Adam Radlan (kanan) hadir pada sebutan lima pertuduhan rasuah dan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
— Ga��bar Berna��a HADIR: Adam Radlan (kanan) hadir pada sebutan lima pertuduhan rasuah dan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia